suria

Wanita menjerit nampak kelibat, terkejut ada tangan sedang rakam video ketika mandi

Suspek didakwa merakam mangsa yang sedang mandi sebelum ditangkap di hadapan kedai serbaneka berdekatan lokasi kejadian. -Foto KhaoSod

SEORANG gelandangan ditahan susulan dakwaan melakukan aksi tidak senonoh terhadap seorang wanita.

Mangsa dipercayai sedang mandi di dalam sebuah tandas mudah alih sebelum menyedari dirinya diintai oleh individu tidak dikenali.

Ia berlaku awal pagi Khamis, berdekatan sebuah bangunan runtuh di Bangkok, Thailand.

Jeritan wanita itu kemudiannya didengari oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Sukarelawan Perlindungan Awam daerah Sai Mai, Somchai Chomchat.

Somchai bersama pasukannya sedang menyediakan juadah buat para sukarelawan ketika kejadian itu berlaku.

Dalam pada itu, anggota polis bersama 50 orang sukarelawan lain segera memulakan misi pencarian suspek.

Gelandangan terbabit berjaya diberkas di hadapan sebuah kedai serbaneka bertentangan dengan lokasi kejadian.

Suspek juga mengaku dia merakam aksi wanita itu yang sedang mandi.

Mangsa kemudiannya memfailkan aduan di Balai Polis Bang Sue. - Agensi

Artikel Lain