REZEKI tak pernah salah alamat.
Seorang lelaki meraih pendapatan kasar sebanyak RM944 setiap bulan hasil jualan kulit telur secara dalam talian.
Menurut Waluyo, 50, idea itu muncul ketika dia berniaga bakso, kira-kira tiga tahun lalu.
"Tak sanggup kalau nak buang kulit telur begitu sahaja, tapi saya keliru hendak letak di mana? Maka timbul idea ini.
"Tak sangka, hanya dari sisa buangan pun boleh buat duit juga," ujarnya sambil menambah ia sedikit sebanyak membantunya membiayai keperluan anak dan isteri.
Ekoran permintaan menggalakkan, Waluyo kini menempah kulit telur daripada suri rumah dan peniaga sebelum ia dipasarkan semula olehnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan dibuang kulit telur, boleh jadi serbuk pencuci DIY... Mudah sental kerak periuk, berkilat macam cermin
Dia juga bersyukur apabila perniagaan itu semakin laris selepas melalui fasa awal yang agak mencabar.
"Melihatkan permintaan yang tinggi di pasaran, saya cuba mengolahnya kepada bentuk yang lain dengan melumatkannya sehingga hancur.
"Alhamdulillah, pembeli bertambah ramai. Fasa awal berniaga itu tidak mudah. Hampir empat ke lima bulan saya mengiklankan produk di Shopee, barulah ada yang mula bertanya.
"Sebulan kemudian, hanya seorang pelanggan sahaja yang membeli," ujarnya lagi.
Biasanya, kulit telur yang dijual semula akan digunakan sebagai baja. -Agensi.