SEORANG budak lelaki berusia 12 tahun disiasat bersama dua rakannya selepas dirakam berbaring di atas landasan kereta api ketika kenderaan itu sedang melintas.
Kejadian berlaku pada 29 Jun berhampiran kampung Talupali di India.
Berdasarkan laporan, dia tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kereta api berlalu.
Susulan itu, kesemua mereka bersorak dan merakam gambar di lokasi kejadian.
Kanak-kanak terbabit mengakui idea tersebut datang dari rakan-rakannya dan berharap video yang dihasilkan mereka tular.
Rakaman itu kemudiannya mencetuskan kebimbangan tentang bahaya aksi demi kandungan media sosial.
Bagi memastikan kejadian tidak berulang, polis dan Pasukan Perlindungan Kereta Api telah menahan mereka dan membuka siasatan.
Pihak berkuasa juga melancarkan kempen kesedaran kerana penduduk tempatan kurang faham tentang undang-undang keselamatan kereta api.
Insiden berlaku beberapa minggu selepas perkhidmatan kereta api baru dilancarkan di kawasan itu oleh Perdana Menteri Narendra Modi. -Agensi