SEORANG suami menerima 'kejutan' yang tidak disangka selepas menyaksikan isterinya berkhalwat dengan lelaki lain.
Sewaktu kejadian pada Selasa, lelaki berusia 22 tahun itu datang ke tempat kerja isterinya.
Wanita itu bekerja di sebuah kedai di Pangkahkulon, Gresik, Indonesia.
Setibanya di lokasi, dia mendapati kelibat isterinya tidak kelihatan di dalam premis itu.
Dia kemudiannya masuk mencari isterinya sebelum mendapati wanita itu sedang berdua-duaan dengan majikannya di dalam bilik air.
Sebelum kehadirannya disedari, lelaki itu juga sempat membuat rakaman video dan foto sebagai bahan bukti.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wanita kantoi jalin hubungan intim dicerai! Suami tenang serah isteri pada teman lelaki... "Nikahilah dia dengan tanggungjawab"
Dalam pada itu, majikan kepada isterinya dikenal pasti sebagai Indra Irawan, 42, yang juga seorang ketua kampung.
Ketua Bahagian Kebajikan Masyarakat (Kesra) Kampung Melirang Kulon, Ulum kemudian mengesahkan perkara tersebut.
"Dia memang Ketua Kampung Melirang Kulon, sudah memegang jawatan lebih kurang empat ke lima tahun," katanya.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Gresik, AKP Abid Uais Al-Qarni, kes diserahkan kepada Balai Polis Gresik dan kini masih dalam siasatan.
Pelaku mungkin berdepan sesi kaunseling, penggantungan sementara tugas atau pun dipecat serta-merta. -Agensi