SEORANG lelaki yang ditahan pada Selasa kerana menjual methamphetamine, mengaku tindakan itu adalah untuk membiayai kos makanan lebih 30 kucing dan anjing terbiar di bawah jagaannya.
Lelaki berusia 41 tahun itu pada asalnya bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan harian sekitar 200–500 baht (lebih kurang RM26 hingga RM65).
Namun jumlah itu tidak mencukupi untuk membiayai makanan haiwan-haiwan terbiar berkenaan.
Kejadian berlaku di Wilayah Sa Kaeo di Thailand.
Dalam serbuan polis di rumahnya, turut ditemui beberapa lelaki muda yang sedang menghisap bahan terlarang itu.
Pihak berkuasa menegaskan bahawa walaupun niat menjaga haiwan itu mulia, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk melanggar undang-undang. -Agensi