HOTEL sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk pelancong menginap sepanjang percutian mereka.
Namun, seorang wanita berdepan detik menakutkan ketika menginap di sebuah hotel terkemuka sewaktu melakukan pengembaraan solo ke Jepun, Mac lalu.
Dalam kejadian itu, Natali Khomenko berkata dia terkejut apabila menyedari kehadiran lelaki tidak dikenali menyorok di bawah katilnya.
"Saya fikir Jepun negara yang sangat selamat. Saya menginap di rangkaian hotel terkenal.
"Saya buka pintu bilik, menanggalkan pakaian dan berbaring di atas katil. Masa itulah saya terhidu bau pelik seperti bau mayat.
"Saya terus memeriksa bilik dan nampak seorang lelaki Asia di bawah katil," imbasnya.
Dalam keadaan cemas, Natali segera menghubungi petugas hotel dan polis.
Lelaki itu berjaya melarikan diri, namun polis menemui sebuah power bank dan kabel USB, dipercayai milik suspek.
Akibat kejadian itu, Natali berpindah ke hotel lain demi keselamatan dirinya. -Agensi.