suria

Youtuber terkenal bergaduh dalam ‘showroom’ motosikal, gigit puting rakan sampai luka

Mustofa ditahan polis pada 31 Julai lalu susulan terlibat dalam pergaduhan.

SEORANG Youtuber ditahan polis selepas didakwa terlibat dalam kes serangan dan penganiayaan terhadap rakannya sendiri.

Pelaku dikenali sebagai Mustofa Kepala Jenggot atau nama sebenarnya Egen Widi Lasdianto, 33, merupakan penduduk Desa Sawahan, Tranggalek di Indonesia.

Insiden itu berlaku di bilik pameran Kacunk Motor di daerah Tulungagung pada 7 Mei lalu sekitar pukul 1 pagi.

Menurut Ketua Unit Perhubungan Awam Polis Daerah Tulungagung, Nanang Murdianto, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Mustofa terlibat dalam pertengkaran dengan mangsa, Wahyu Budi Setiawan, 36, serta seorang lagi individu dikenali sebagai Suryono Hadi Pranoto atau Mas Kacunk.

"Mereka sebenarnya berkawan, tetapi ketika kejadian suspek didakwa melakukan serangan," kata Nanang kepada pemberita pada Sabtu.

Pertengkaran tersebut dipercayai bertukar ganas apabila suspek memukul wajah mangsa sehingga menyebabkan lebam di pipi dan bawah mata.

Lebih mengejutkan, suspek turut menggigit dada mangsa sehingga meninggalkan kesan luka di bahagian puting.

Suspek ditahan pada 31 Julai lalu selepas proses soal siasat dijalankan.

Mustofa Kepala Jenggot kini berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 351(1) Kanun Keseksaan Indonesia berhubung penganiayaan.

Youtuber itu bakal berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun lapan bulan jika sabit kesalahan.

Untuk makluman, Mustofa memiliki lebih 1.27 juta subscriber (pelanggan) di platform YouTube. -Agensi

Artikel Lain