SEORANG pempengaruh dikecam pengguna media sosial selepas memuat naik video yang memaparkan pergaduhannya dengan pramugari sebuah syarikat penerbangan.
Kobe Peter “Twoey King” Nguyen didakwa menghisap rokok elektronik atau vape di dalam tandas pesawat ketika penerbangan dari Phoenix ke San Francisco pada 4 Ogos.
Menerusi video [Tonton Video] yang dikongsi, Nguyen meluahkan rasa berang selepas mendakwa kru wanita itu menyentuhnya badannya.
“Awak boleh terus minta saya meminta maaf, tapi saya peduli tentang semua penumpang ini,” ujar pramugari itu sambil menunjuk ke arah penumpang lain.
“Saya ada 25,000 pengikut yang akan menonton video ini. Awak mahu saya siarkan atau awak mahu minta maaf kepada saya sekarang?" ujar Nguyen pula.
Berdasarkan semakan selepas enam hari kejadian itu, Nguyen kini hanya memiliki 22,500 pengikut Instagram.
Syarikat penerbangan American Airlines dalam satu kenyataan turut mengesahkan kejadian itu.
Menurut American Airlines, Jabatan Polis San Francisco menunggu di pintu ketibaan dan mengiringi seorang penumpang keluar dari balai berlepas.
“Seorang penumpang dikeluarkan dari pesawat sebaik tiba di San Francisco kerana berkelakuan mengganggu,” kata kenyataan itu. -Agensi