SEORANG pekerja seks bertindak menyerang warga asing selepas lelaki itu meraba payudaranya.
Kejadian melibatkan wanita warga Thailand dan lelaki India itu berlaku di Pantai Pattaya, Isnin lalu.
Menurut rakan lelaki itu, mangsa menghampiri wanita tersebut untuk bertanya harga perkhidmatan seks.
Selepas dimaklumkan bayaran sebanyak 3,000 baht (RM389), dia tiba-tiba meraba payudara wanita itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Sesak nafas ketika langgan pekerja seks, lelaki 53 tahun meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital
Lelaki itu kemudian menolak perkhidmatan seks yang ditawarkan dengan alasan payudaranya terlalu kecil.
Berang dengan jawapan yang diberikan, wanita itu kemudiannya bertindak menampar wajahnya.
Kekecohan itu menyebabkan pengunjung pantai menghubungi polis sebelum anggota dari Balai Polis Daerah Bandar Pattaya tiba kira-kira 11.30 malam.
Polis kemudian bertindak sebagai orang tengah dan meminta mereka berdua saling memohon maaf.
Akhirnya, mereka mencapai persetujuan secara baik di hadapan anggota polis dan tiada sebarang laporan dibuat. -Agensi.