SEORANG lelaki meraih perhatian ramai selepas lengannya patah akibat tergelincir dalam bilik mandi di rumahnya.
Apa yang mengejutkan, Matt Barr, 41, mendakwa dia rebah kerana pandangannya ke arah lantai terhalang oleh zakarnya.
"Ini kemalangan memalukan. Saya tak dapat lihat kaki dengan jelas. Ketika itu saya tergesa-gesa bersiap untuk pergi kerja.
"Saya tak nampak lebihan gel mandi dalam tab kerana pandangan dihalang oleh zakar. Saya tergelincir dan rebah atas lantai," ujarnya.
Tambah pakar kecerdasan buatan (AI) dari London itu, ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tanpa alat sulit jalani pembedahan 10 jam, masa depan kembali cerah selepas dapat zakar baharu
Untuk rekod, nama Barr sebenarnya bukanlah asing dalam kalangan warga United Kingdom (UK).
Dia sebelum ini menerima liputan selepas didakwa sebagai pemilik zakar paling besar di dunia dengan ukuran sepanjang 14.5 inci (37 cm).
Menurut laporan media UK, Barr dikatakan memiliki zakar paling besar yang sudah dibuktikan secara perubatan.
Namun, timbul perdebatan apabila selebriti Amerika Syarikat (AS) Jonah Falcon dikatakan sebagai pemilik sebenar gelaran itu.
Daripada segi pengiktirafan rasmi dan dokumentasi perubatan, Falcon masih dianggap sebagai pemegang gelaran itu dengan ukuran zakar 13.5 inci (34.29 cm). -Agensi