suria

Wanita dedah perbualan dengan suami di bilik tidur, punca sebulan tak ‘disentuh’ terjawab - “Ketiak hitam, aku tiada nafsu”

Sesi luahan hati antara pengadu dan suaminya.

KISAH seorang wanita yang dihina suaminya kerana memiliki alat sulit kehitaman dan mempunyai kesan stretch mark (garis regangan pada kulit), terus mendapat perhatian netizen.

Menerusi hantaran video terbaharu, si suami juga memberi bayangan bahawa adalah lebih baik dia mencari wanita lain bagi memenuhi keperluan batinnya.

Bukan itu sahaja, berdasarkan rakaman perbualan mereka, suaminya juga memilih untuk melakukan kerja di pejabat pada hujung minggu, berbanding berada di rumah bersamanya dan anak.

Wanita ini bersemuka dengan suaminya berhubung masalah rumah tangga yang dialami.

Wanita ini bersemuka dengan suaminya berhubung masalah rumah tangga yang dialami.

Dia yang cuba untuk menjernihkan hubungan mula bertanya, sama ada suaminya masih sayang atau sebaliknya.

"Awak dah tak sayang saya, bosan dengan saya?" ajunya kepada suami yang dilihat baru memasuki bilik tidur mereka.

Bagaimanapun pertanyaannya itu dijawab dengan nada marah oleh suaminya.

"Tak sayang? Macam mana kau fikir aku kahwin dengan kau tiga tahun dulu?

ARTIKEL BERKAITAN: Malam pertama hilang keindahan, isteri terkedu dengar kata-kata suami - "Bahagian itu hitam, ada strechmark"

"Tak sayang? Apa ceritanya? Aku kahwin tapi tak sayang?" aju suaminya kembali.

Wanita ini kemudiannya menjelaskan kenapa dia mempunyai tanggapan sedemikian.

Menurutnya, perasaan tidak sayang tercetus selepas suaminya tidak lagi ingin melakukan hubungan intim bersama sejak sebulan lalu.

Warga maya menasihati wanita ini.

Warga maya menasihati wanita ini.

Malah katanya, dia seolah-olah tidak mempunyai suami meskipun sudah berkeluarga.

"Ada suami tapi macam tak ada suami," ujarnya ringkas.

Kata-katanya itu kemudian dibalas sekali lagi dengan nada keras oleh suaminya.

"Perkara tak 'disentuh' menjadi isu? Aku penat balik kerja tapi tak diberi makan... aku lapar.

"Kau nak aku jujur? Bukan aku menghina tapi jujur aku dah tak ada nafsu... lepas bersalin, ketiak hitam, celah kangkang pun hitam, banyak stretch mark," ujar lelaki ini.

Pada masa sama, dia turut mengakui tidak sudi untuk melakukan hubungan intim disebabkan 'masalah' yang dialami isterinya sehingga menyatakan keinginan untuk mencari wanita lain.

Artikel Lain