suria

Misteri bau busuk terungkai… Jiran temukan budak 2 tahun setia ‘temani’ mayat ibu dalam rumah

Kanak-kanak terbabit berada di bawah jagaan bapanya.

SEORANG budak lelaki berusia dua tahun ditemui di rumahnya dalam keadaan trauma di samping mayat ibunya.

Situasi penuh hiba itu terbongkar selepas jirannya menghidu bau busuk sebelum menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Zhejiang, China.

Menurut Polis Daerah Cangnan, ibu mangsa yang berusia 28 tahun dipercayai meninggal dunia selama dua atau tiga hari sebelum mayat ditemukan.

Katanya, mangsa hanya tinggal bersama ibunya selepas wanita itu berpisah dengan suami.

Tambah polis, selepas mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut di hospital, kanak-kanak terbabit diserahkan kepada bapanya.

Punca kematian masih disiasat, sementara pihak berkuasa menggesa orang ramai menghormati si mati serta menjaga privasi anak kecil terbabit. -Agensi

Artikel Lain

Ardell Aryana juga ditahan Israel