REMUK hati seorang suami selepas mengetahui diri dikhianati pasangan serta orang terdekatnya.
Memetik laporan media tempatan, lelaki yang dikenali sebagai Chen dari Jiangxi, China sering bertengkar dengan isterinya.
Namun, situasi mula berubah sejak kehadiran jiran baharu bernama Shao yang sering datang bertandang.
Sekitar tahun 2022, isterinya dipercayai menjalinkan hubungan sulit bersama Shao sehingga disahkan hamil luar rahim.
Susulan itu, isterinya memutuskan untuk menggugurkan kandungan yang menelan belanja lebih daripada 10,000 yuan (RM5,883).
Situasi yang berlaku itu membuatkan dia mula berasa curiga.
Tambahan pula, isterinya kerap memakai alat pencegah kehamilan sebelum melakukan hubungan intim.
ARTIKEL BERKAITAN: “Menggeletis minta suami aku ambil serai!” - Wanita ‘tangkap’ jiran perempuan tak tahu malu, kerap muncul depan rumah waktu Maghrib
Chen akhirnya mengetahui hubungan terlarang itu menerusi mesej romantis di telefon bimbit isterinya.
Dia kemudian bersemuka dan mengugut Shao sebelum ditawarkan pampasan berjumlah 38,000 yuan (RM22,357).
Bagaimanapun sekitar Februari lalu, Chen yang dikenal pasti berada di bawah pengaruh alkohol berkunjung ke rumah jirannya bagi menuntut baki 10,000 yuan (RM5,883) yang masih tertunggak.
Sewaktu kejadian, dia yang bersenjatakan pisau bertindak menikam Shao sebanyak lima kali di kepala.
Malah, ibu mangsa turut menerima beberapa luka di kawasan dahi dan tangan ketika cuba meleraikan konflik.
Setelah kes dibicarakan, mahkamah mendapati Chen bersalah atas tuduhan mencederakan dengan sengaja lalu dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan.
Kes ini sempat tular di media sosial Tanah Besar dan meraih 69 juta tontonan. -Agensi