suria

Dihalang masuk kondo jumpa bekas kekasih... Lelaki toreh muka, kelar leher pengawal keselamatan

Pengawal keselamatan berhak menghalang pelawat yang cuba masuk tanpa kebenaran. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN seorang pengawal keselamatan menghalang seorang pelawat daripada memasuki kondominium berakhir tragedi apabila dia mati dibunuh, pada Sabtu.

Mangsa, Somdej Pimsanran, ditemukan tidak bernyawa dengan kesan kelar di leher dan muka dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi di Lat Phrao, Bangkok, Thailand.

Menurut polis, suspek dikenali sebagai Phurit, 34, melarikan diri menaiki sebuah kereta sebelum ditahan di sebuah kondominium berhampiran. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki larikan diri selepas kelar leher rakan serumah akhirnya terbabit kemalangan

Dia kemudian mengaku melakukan pembunuhan itu kerana berang selepas dihalang untuk masuk berjumpa dengan bekas teman wanitanya.

Menurut polis, suspek membawa pisau kerana pernah bertelagah dengan mangsa dalam kunjungan sebelum ini.

Pada hari kejadian, suspek bertindak ganas selepas dia sekali lagi dihalang untuk masuk ke kawasan bangunan itu.

Jika sabit kesalahan membunuh dengan sengaja di bawah Seksyen 289 Kanun Jenayah, suspek berdepan hukuman mati, penjara seumur hidup atau penjara antara 15 hingga 20 tahun. -Agensi

 

Artikel Lain