suria

Pernah tular mengemis bersama bapa buta, gadis raih perhatian berjaya masuk universiti

Kisah gadis bernama Zhang Yan menjadi perhatian warga maya di China. -Foto SCMP

KISAH menyentuh hati seorang gadis yang pernah mengemis di jalanan bersama bapanya yang buta kini menjadi tular selepas dia berjaya diterima masuk ke universiti.

Zhang Yan, 18, dari daerah Nanjiang di wilayah Sichuan, China, mencuri perhatian ramai selepas media melaporkan kejayaannya diterima masuk ke Universiti Chengdu, bulan lalu.

Kisah Zhang mula mendapat perhatian pada 2013, ketika dia baru berusia tujuh tahun, yang mana dia dilihat mengemis di jalanan bersama bapanya, Zhang Shiming.

Selain mempunyai bapa yang cacat penglihatan, Zhang turut diuji apabila ibunya mengalami masalah kesihatan mental. 

Dalam keadaan serba kekurangan, Zhang sering menemani bapanya mengemis berhampiran Stesen Bas Jiangbei, demi meneruskan hidup.

"Saya pernah rasa sangat rendah diri, selalu takut dengan pandangan orang. Tapi saya bersyukur kerana guru dan rakan sekelas sentiasa melayan saya dengan baik," kata Zhang dalam satu wawancara.

Meskipun dibesarkan dalam kemiskinan, Zhang tetap cemerlang dalam pelajaran. 

Kejayaan Zhang kini menjadi inspirasi dan membuka perbincangan ramai mengenai kepentingan pendidikan serta sokongan kepada golongan kurang bernasib baik. -Agensi

Artikel Lain