SEORANG wanita dipatuk ular selepas menyangka telur reptilia itu sebagai cendawan ketika mencari hasil hutan pada Ahad.
Mangsa, Chalaem Pinsuwan, 62, berkata dia melihat beberapa biji bebola putih berada di bawah daun.
Ketika cuba mengambil bebola itu, secara tiba-tiba seekor ular muncul dan mematuk jarinya.
Suami mangsa, Bacha, 50, yang berada berdekatan terus membunuh ular itu dan memasukkannya ke dalam beg plastik.
ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas buat ‘eksperimen’ beri anjing makan cendawan liar, akhirnya sekeluarga masuk hospital!
Dia kemudian membawa mangsa dan ular yang sudah mati itu ke Hospital Nang Rong, Buriram, Thailand.
Pihak hospital mengesahkan reptilia itu merupakan ular kapak.
Mangsa diberi rawatan antivenom dan menahan Chalaem untuk pemerhatian rapi. -Agensi.