suria

Buat ‘homework’ 14 jam tanpa henti, budak 11 tahun dikejarkan ke hospital kerana alami masalah pernafasan

Kerja sekolah perlu disiapkan oleh pelajar untuk membantu mereka lebih memahami sesuatu mata pelajaran. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah pernafasan akibat menyiapkan kerja rumah musim panas sepanjang hari tanpa rehat.

Budak yang dikenali sebagai Liangliang, dari Changsha, wilayah Hunan, selatan China itu dilaporkan membuat kerja rumah dari pukul 8 pagi hingga 10 malam pada 26 Ogos lalu, gara-gara tekanan ibu bapanya.

Dia mula menunjukkan simptom seperti pernafasan laju, pening, sakit kepala dan kebas pada anggota badan.

Ibu bapanya segera membawanya ke hospital di mana doktor mengesahkan Liangliang mengalami hiperventilasi, keadaan di mana seseorang bernafas terlalu laju dan dalam, biasanya disebabkan oleh tekanan emosi.

Setelah diberi topeng pernafasan dan bimbingan mengawal rentak pernafasan, keadaannya bertambah baik.

Kisah tersebut menjadi tular di media sosial China, dengan netizen memberi pelbagai reaksi tentang tekanan kerja rumah dan pentingnya pengurusan masa.

"Jika tekanan datang lebih awal, mungkin kanak-kanak tidak perlu mengejar kerja rumah saat-saat akhir.

"Pengalaman kanak-kanak ini adalah peringatan yang jelas tentang betapa pentingnya pengurusan masa," kata netizen. -Agensi

Artikel Lain