suria

Bayi berusia setahun kritikal, kemaluan berdarah dirogol bapa tiri ketika ibu keluar bekerja

Bayi tidak sepatutnya menjadi mangsa nafsu orang dewasa. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki dipenjara selepas didapati bersalah merogol anak tirinya yang berusia setahun.

Kejadian itu pertama kali dilaporkan pada 20 Julai oleh ibu mangsa yang menetap di sebuah kampung di Shadiabad, Uttar Pradesh, India.

Pengadu mendakwa suaminya melakukan serangan seksual terhadap anak perempuannya pada 18 Julai ketika dia keluar bekerja.

Ekoran kejadian itu, mangsa yang mengalami pendarahan pada bahagian kemaluan berada dalam keadaan kritikal.

Peguam pendakwaan Prabhu Narayan Singh, berkata kertas pertuduhan difailkan pada 12 September. 

Mahkamah kemudian memulakan prosiding pada 15 September dengan lima saksi tampil memberi keterangan.

Selepas meneliti bukti dan mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan denda sebanyak Rs 1 lakh (RM4,800) terhadap tertuduh.

Hakim Ram Avtar Prasad mensabitkan kesalahan lelaki itu di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO). -Agensi.

Artikel Lain