SEORANG wanita tidak mengaku bersalah atas tuduhan cubaan membunuh dengan bertindak kejam memotong kemaluan suaminya sebelum membuangnya ke dalam tandas.
Wanita berusia 57 tahun itu dikatakan merancang serangan bersama menantunya selepas mengesyaki mangsa berlaku curang.
Kejadian tragis itu berlaku di sebuah kafe di Incheon, Korea Selatan pada 1 Ogos lalu.
Menurut pihak pendakwa, menantu lelaki berusia 39 tahun bertindak mengikat mangsa menggunakan pita pelekat.
Kemudian, wanita berkenaan menikam bahagian bawah badan suaminya lebih 50 kali sebelum memotong kemaluannya.
Ketika prosiding mahkamah pada Rabu, media tempatan melaporkan wanita itu mengaku bersalah atas tuduhan menceroboh rumah yang dikongsi bersama mangsa.
Namun begitu, tertuduh menafikan ada niat untuk membunuh. -Agensi