PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam hantaran di media sosial, Anwar berkata beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mendoakan kesejahteraan buat bekas perdana menteri tersebut.
"Saya dan Azizah mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna.
"Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi.
"Semoga Allah terus merahmati Tun, InsyaAllah," kata Anwar.
Anwar merupakan timbalan perdana menteri ketika Mahahthir menjadi perdana menteri keempat pada Disember 1993 hingga September 1998.