suria

Dinding surau stesen minyak kotor, jemaah calit mekap… Siap ada kesan ciuman

PIHAK pengurusan sebuah stesen minyak terpaksa menampal sekeping notis gara-gara keadaan dinding surau mereka yang semakin kotor.

Menerusi foto yang dikongsi oleh pengguna media sosial, dinding surau itu dipenuhi calitan mekap berwarna kemerah-merahan.

"Perhatian. Kepada semua pengguna surau, janganlah mencalit mekap, pemerah bibir dan sebagainya di dinding surau.

"Kerjasama anda amat kami hargai," menurut notis yang ditampal pada dinding surau berkenaan.

Surau itu terletak di sebuah stesen minyak di Bandar Gambang Perdana, Kuantan, Pahang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menegur sikap pengotor segelintir wanita yang menggunakan surau berkenaan.

"Yang ada kesan bibir tu, dia cium dinding ke?

"Siap ada kesan bibir kat dinding tu. Jijik sungguh perangai masing-masing.

"Aku baru tahu ada orang suka calit mekap dekat dinding.

"Buat malu kaum perempuan je," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain