SEORANG baker (pembuat kek dan roti) meluahkan rasa kecil hati apabila hasil air tangannya dibuang begitu sahaja oleh rakan sendiri tanpa memberikan sebarang maklum balas atau kritikan membina.
Kejadian berlaku ketika wanita ini menghadiri majlis rumah terbuka sebagai tetamu anjuran pelanggannya sendiri yang turut menempah kek daripadanya.
Meskipun pelanggan memberikan maklum balas positif terhadap kek yang dibuat, situasi yang berlaku di meja makan ketika wanita itu duduk bersama rakan-rakan lain membuatkan dia terkilan dan kecewa.
"Selama jadi baker ni, tak pernah lagi kecil hati melampau-lampau kalau orang cakap kek kita tak sedap. Ye la lidah masing-masing tak sama.
Banyak kisah sedih dan menarik dikongsikan apabila tiba musim perayaan dan rumah terbuka. -Gambar hiasan
"Tapi nak meluah satu kejadian hari tu, tengah makan dekat rumah pelanggan yang order kek. Banyak dia order. Pelanggan bagi maklum balas baik-baik.
"Saya rasa pun okay macam 10 tahun saya meniaga ni. Tapi nak jadi cerita, kawan dua hingga tiga orang ada semeja. Sebelum tu, masa mereka sampai... tegur pun tak.
"Datang pun macam tak beritahu. Ye la sebelum ni memang rapat dan pergi mana pun beritahu dekat grup WhatsApp. Dalam hati okay, tak ada apa la," ujarnya.
Apa yang menyedihkan apabila salah seorang daripada mereka membuang kek yang diambil ke dalam tong sampah tanpa langsung menyentuh atau menjamahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baker’ kampung tak malu buat kek di bengkel kayu serba kekurangan, yang penting hasil ‘wow’! Perlu wang rawat anak sakit
ARTIKEL BERKAITAN: Mini pavlova bersepai dalam kotak, pembuat kek salahkan ‘rider’ cuai! Sudah pesan bawa motosikal cermat - “Slow sikit masa kona”
Tindak-tanduk itu membuatkan dirinya berasa tersisih dan sedih hasil air tangannya tidak dihargai walaupun hubungan persahabatan mereka cukup akrab sebelum ini.
"Saya sambung makan macam biasa tapi rasa janggal. Saya perasan kawan depan ni dia ambil kuih-muih dan terselit kek saya buat.
"Tapi masa nak balik saya perasan dia buang dalam tong sampah depan mata. Kek tu tak terusik langsung. Kita pun touching (terasa) la.
"Kenyang ke? Yang lain (makanan) kenapa boleh tapau tapi kek saya dibuang depan mata. Tak sedap... tapi tak kan la tak boleh telan langsung?" jelasnya.
Sebab kawan rapat kan... apa yang nak sorokkan.
PENGADU
Walaupun kecewa, dia tetap memilih untuk bersangka baik dan memujuk hati bahawa mungkin kek tersebut tidak kena dengan cita rasa rakannya.
Namun beberapa hari kemudian, hatinya kembali 'terusik' apabila rakan yang sama begitu teruja memuji kek dibuat baker lain yang dihidang di majlis berbeza.
Wanita ini berkata dia bukan tidak boleh menerima hakikat jika kek orang lain dirasakan lebih sedap, tetapi kecewa kerana tidak diberi sebarang komen terhadap kek yang dibuat.
"Mereka bersungguh-sungguh suruh kawan-kawan lain order kek dekat rumah terbuka (majlis akan datang) yang hidangkan kek juga. Empat hingga lima kali ulang.
Seorang wanita terkilan apabila kek yang dibuat tidak dihargai rakan-rakan. -Gambar hiasan
"Sedap sangat siap makan bertambah-tambah katanya. Ye memang betul sedap, tak dinafikan. Tapi sebagai kawan, betul ke perasaan kecil hati ini?
"Dia macam semalam baru kau makan kek aku, tak kan la langsung tak nak bagi maklum balas? Sebab kawan rapat kan... apa yang nak sorokkan," katanya.
Tambahnya, sebagai seorang baker dan juga sahabat, dia sentiasa menyokong perniagaan rakan-rakan lain walaupun berpandangan makanan yang dijual itu biasa-biasa sahaja rasanya.
"Deria rasa saya pun okay je. Susah nak kata makanan tu tak sedap. Kalau saya jadi dia, saya akan selitkan juga kata-kata manis atau bagi pendapat untuk kawan baker.
"Saya akan puji kek lain sedap tapi tak ada la beria sampai nak buktikan macam nak buktikan kek saya tu tak sedap. Jatuh semangat," ujarnya lagi.