MANA-mana pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.
Ada pasangan yang mengimpikan keluarga besar dengan kehadiran ramai zuriat, ada pula yang merancang untuk memiliki bilangan anak yang lebih kecil.
Sebenarnya kedua-dua pilihan ini tidak salah, asalkan keputusan tersebut dibuat secara bersama dengan mengambil kira aspek kewangan, tanggungjawab serta kemampuan emosi dan fizikal kedua-dua pihak.
Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang wanita secara terbuka mengakui dia memilih untuk memiliki hanya seorang cahaya mata daripada perkahwinan yang dibina bersama pasangan.
Suami juga perlu memainkan peranan dalam melakukan kerja-kerja rumah demi mewujudkan keseimbangan dan keharmonian dalam rumahtangga. -Gambar hiasan
Menurutnya, keputusan tersebut bukan didasari oleh faktor kewangan atau kerjaya, sebaliknya kerana suaminya langsung tidak memainkan peranan sewajarnya sebagai seorang ketua keluarga.
"Alasan mengapa saya hanya mahukan seorang anak. Banyak makan hati dari awal perkahwinan sampai anak dah keluar pun saya masih makan hati dengan dia.
"Saya tak pernah dilayan dengan sewajarnya oleh dia. Namun pada masa yang sama, saya masih memerlukan dia," tulisnya dalam satu perkongsian di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Minta layan anak sebab nak makan, suami dah kenyang buat-buat tak faham - “Rasa nak terbalikkan meja!”
ARTIKEL BERKAITAN: “Lapar sangat ke, mati kalau tak makan?” - Isteri tahan malu, suami marah depan orang ramai lepas minta beli snek kentang
Memilih untuk tidak mendedahkan punca mengapa dia makan hati dengan suami, namun wanita tersebut memberi gambaran bahawa dirinya sering didera secara emosi.
"Ada ke namanya husband abuse mentally bukan physically. Ada ke? Sebab saya rasa dia buat macam tu pada saya. Saya tak tahu, mungkin saya yang terlalu penat.
"Tapi tak apa, saya sekadar meluahkan perasaan saja. Ada ketikanya saya rasa lega sebab anak saya lelaki jadi kalau nak ceraikan saya, senang! Tak perlukan dia jadi wali.
"Berdosa ke saya terfikir macam tu? Harap saya dapat bertahan untuk anak saya," tulisnya lagi.
Saya tak pernah dilayan dengan sewajarnya oleh dia. Namun pada masa yang sama, saya masih memerlukan dia.
NETIZEN
Tambah wanita berkenaan, buat masa ini dia hanya mampu bersabar biarpun sudah banyak kali dia berterus-terang kepada suaminya itu.
"Deep talk depan-depan, melalui telefon. Tak pernah 'jalan' langsung… kejap saja, kemudian balik (ulang) semula," luahnya lagi.
Perkongsian wanita berkenaan meraih perhatian apabila di ruangan komen, ramai yang seakan-akan memahami situasinya kerana turut berdepan dengan perkara yang sama.
Beban kerja rumah yang tidak berkesudahan, ditambah tanggungjawab menjaga anak dan keluarga, boleh menyebabkan isteri mengalami keletihan fizikal dan emosi atau burnout. -Gambar hiasan
"Anak dah empat tahun this year, and still tak nak tambah second child, sebab penat jadi paling banyak kena urus anak.
"Rasa benda itu juga. Tapi apakan daya, itu jodoh yang kita pilih untuk bersama.
"Sama juga. Basically more to mental torture. So lepas ni jangan mengandung lagi sis. Cari someone atau cerita dengan parents about this okay. Jangan pendam sorang," demikian antara komen netizen.