SETIAP individu pasti mempunyai impian untuk menghias ruang kediaman mengikut cita rasa dan konsep idaman, contohnya gaya moden, kontemporari, minimalis dan sebagainya.
Namun begitu, apabila seseorang itu bergelar penyewa, impian tersebut perlu diseimbangkan dengan rasa hormat terhadap hak pemilik rumah.
Baru-baru ini, tular kisah seorang penyewa yang bertindak menjual meja makan milik tuan rumah tanpa kebenaran, semata-mata untuk menggantikan dengan set baharu mengikut selera sendiri.
Pihak penyewa dan tuan rumah perlu menandatangani perjanjian untuk melindungi hak masing-masing. -Gambar hiasan
Perkara tersebut dikongsikan oleh pemilik rumah berkenaan sendiri di laman TikTok.
"Bagi sewa pada orang. Tahu-tahu dia pergi jual dining set kami. Kemudian tukar dengan meja makan mereka beli sendiri. Dengan alasan nak konsep rumah minimalis," tulisnya pada perkongsian tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Individu ‘sedap’ ambil untung, sewakan rumah yang disewa kepada orang lain! ‘Owner’ baru sedar kena tipu
ARTIKEL BERKAITAN: Seorang penyewa sudah cukup buat ‘owner’ pening! Liat bayar sewa, rumah sempurna berubah ‘tongkang pecah’
Menurut pemilik rumah berkenaan, apa yang mengecewakan, penyewanya memberi alasan terlupa untuk memaklumkan perkara tersebut.
"Agreement pun ada… tapi itulah, buat macam harta sendiri.
"Aku tetap nak tolak caj deposit RM700. Aku beli harga RM1,000 lebih. Dia kata dia jual dapat RM300 je. Sekarang dia nak minta diskaun RM500.
"I said no! Ia bukan pasal duit, ia mengenai jangan suka hati jual barang owner," tulisnya.
Geramnya baca! Jangan bagi satu sen pun deposit.
NETIZEN
Di ruangan komen, pemilik rumah tersebut berkata penyewanya akan menamatkan sewaan hujung bulan ini dan mereka pula berpindah masuk ke rumah berkenaan.
"Sekarang kami nak pindah masuk balik. Kena beli set dining lain," tulisnya lagi.
Sehingga kini perkongsiannya meraih lebih 300,000 jumlah tontonan selain dibanjiri ratusan komen netizen yang turut sama meluahkan rasa geram dengan penyewa berkenaan kerana tidak mempunyai common sense.
Komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Kalau saya, dah bersyukur tuan umah sediakan meja makan. Sekurang-kurang jimat tak payah beli sendiri. Ini dijualnya pula.
"Kita nak baiki tombol pintu pun beritahu owner dulu. Berani dia jual barang orang sesuka hati.
"Geramnya baca! Jangan bagi satu sen pun deposit… report balai," demikian antara komen netizen.