suria

“Rempit je pegang handbag perempuan!” - Lelaki tegur geng suami, perlekeh ‘bahasa cinta’ pasangan romantis

Ramai dalam kalangan para suami yang sanggup menggalas beg tangan isteri ketika bersiar-siar. -Gambar hiasan

SETIAP mereka yang berumah tangga pasti mempunyai cara tersendiri untuk menzahirkan rasa kasih dan sayang terhadap pasangan.

Salah satu amalan yang mungkin tidak ramai seorang suami lakukan ialah dengan membantu menggalas beg tangan isteri ketika keluar bersama.

Begitulah kisahnya dengan seorang wanita ini yang menceritakan bagaimana suaminya tanpa rasa kekok sentiasa menawarkan diri untuk memegang tas tangannya.

Cara setiap pasangan menunjukkan kasih sayang adalah berbeza-beza. -Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, suami wanita ini turut membantu ibunya sendiri, membawakan beg tangan tanpa ragu sekiranya mereka keluar bersama.

"Suami saya selalu je pegangkan handbag saya masa saya pergi tandas atau tengah pilih-pilih baju.

"Bukan setakat beg isteri sendiri, beg mak dia pun suami saya pegangkan juga. Kami suami isteri pun suka je pakai baju warna sedondon.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami penyayang dingin lepas 5 tahun kahwin... Rimas isteri hantar mesej, kalau merajuk sampai ke sudah tak pujuk

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiahkan motosikal curi sempena ‘birthday’ isteri, suami penyayang ditangkap polis

"Tapi adakah tindakan dia yang sentiasa menyenangkan hati isteri dan mak sendiri ni dianggap loser?," ujarnya.

Persoalan wanita ini ternyata mengundang komen atau pendapat kurang menyenangkan daripada pihak lelaki yang tidak bersetuju dengan perbuatan si suami.

Katanya perbuatan 'ringan tulang' yang ditunjukkan suami kepada wanita berkenaan hanya bersifat sementara lebih-lebih bagi pasangan bercinta.

Suami kita pun minta nak pegangkan beg tangan, tak bagi bawa barang sebab dia sayangkan isteri.

NETIZEN

"Alhamdulillah mak bapa aku tak ajar pegang handbag perempuan dan terhegeh-hegeh nak tunjuk sweet. Lelaki kena jadi lelaki la. Rempit je pegang handbag perempuan.

"Tapi masa pergi tandas atau solat, tak ada masalah. Ni sepanjang jalan nak pegang. Kau sendiri pernah pakai beg silang suami kau?

"Biasa orang kahwin tak buat macam ni. Orang tengah bercinta lautan api sanggup redah je buat macam ni," komen beberapa netizen.

Pendapat lelaki itu bagimanapun mengundang reaksi kurang senang netizen yang rata-rata mempertahankan suami wanita berkenaan.

Komen netizen pada hantaran asal.

Ada juga yang menyifatkan lelaki yang mempertikaikan tindakan itu mungkin sebenarnya dahakan perhatian dan kasih sayang.

"Sadis kan orang macam ni. Suami kita pun minta nak pegangkan beg tangan. Tak bagi kita bawa barang dan nak pakai sedondon dengan isteri sebab dia sayangkan isteri.

"Tapi lelaki lain yang sakit hati. Kalau dia yang malas lantak la. Nak pertikai suami orang lain kenapa.

"Sibuk je orang bercinta macam tu, kita kahwin pun tetap romantik. Dia tu nak perhatian agaknya," komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain