suria

“Nurse pun pandai suruh kangkang je!” - Wanita pertikai doktor lelaki sambut kelahiran bayi, malu kemaluan diseluk

Setiap wanita pastinya mahu bersalin dalam keadaan yang selesa. -Gambar hiasan

ISU mengenai doktor lelaki yang mengendalikan proses bersalin bagaikan tidak berkesudahan.

Kali ini, seorang lagi wanita tular kerana membangkitkan isu sama melalui aplikasi Thread.

Dalam hantarannya, wanita itu mendakwa kaum Hawa terpaksa menanggung malu apabila bahagian sulit mereka dilihat oleh doktor lelaki.

The Dragon Year has historically set the high-water mark for total live births each decade in Singapore. -- The Straits Times/ANN

Pertikaian mengenai lelaki yang bergelar doktor sakit puan sudah acap kali dibangkitkan di media sosial. -Gambar hiasan

"Nak tanya, kenapa dekat Malaysia ni doktor perempuan untuk wanita yang nak melahirkan anak semakin berkurang ya?

"Entah nak letak muka kat mana apabila doktor lelaki nak seluk kemaluan perempuan yang sarat mengandung," tulis wanita itu.

Dalam hantaran sama, dia turut mengkritik sikap jururawat yang didakwa 'menghalalkan' perbuatan itu.

Entah nak letak muka kat mana apabila doktor lelaki nak seluk kemaluan perempuan yang sarat mengandung.

PENGADU

"Nurse pandai la cakap, suruh kangkang saja sebab doktor ni pun lelaki macam suami. Bodoh punya jawapan.

"Dah la jadi tayangan, lepas tu kena judge lagi. Apabila minta doktor perempuan, kena marah.

"Kadang-kadang doktor beritahu suruh pergi ke hospital lain," dakwa wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas dapat pikat doktor, pemuda baru sedar taraf hidup tak sama... Terlopong bakal isteri minta wang hantaran RM30,000

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri nak bersalin, suami panas hati doktor lelaki curi peluang intai rakan sejawat periksa bukaan rahim

Di ruangan komen, ramai netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan wanita itu.

Malah, individu yang bekerja dalam bidang perubatan turut tampil meninggalkan komen untuk menangkis kenyataan wanita berkenaan.

"Sejujurnya saya sebagai bekas nurse. Kami nurse atau doktor lelaki tak hadap benda ni. Kami pun terpaksa melihat aurat wanita atas dasar kerja.

"Dah tahu tak cukup doktor wanita, kenapa kamu sendiri tak jadi doktor pakar sakit puan?'

Ibu mengandung mungkin boleh memilih doktor sekiranya mereka bersalin di hospital swasta. -Gambar hiasan

"Saya 28 tahun dalam bidang kesihatan. Tak ramai wanita nak jadi pakar sakit puan sebab komitmen tinggi tiap hari.

"Bidang sakit puan ni berat, jadi ramai pelajar perempuan tak mahu ambil sebab penat dan perlukan tenaga," tulis netizen.

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, tidak dibenarkan di sisi hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurat (keperluan mendesak) untuknya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain