suria

Mak ayah bagi amaran jangan balik raya pandu Perodua Alza, malu orang kampung label miskin!

Nilai kekayaan seseorang tidak sepatutnya diukur melalui penampilan luaran mereka sahaja. -Gambar hiasan

DALAM dunia ini, wujud golongan yang gemar mengukur kekayaan berdasarkan penampilan luaran semata-mata.

Malah, ada yang sanggup berhutang membeli kereta serta pakaian mewah agar mereka dipandang tinggi oleh orang sekeliling.

Namun lain pula ceritanya di aplikasi Thread apabila seorang ahli perniagaan mengimbas kisah dia dipandang rendah ibu bapanya sendiri.

The Johor stretch of the North-South Expressway currently operates with two lanes each way, causing frequent traffic congestion even on weekdays and non-peak periods. — THOMAS YONG/The Star

Ramai individu selesa menggunakan kereta jenama tempatan yang dijual pada harga berpatutan. -Gambar hiasan

Menurut individu itu, dia sentiasa menggunakan kereta mewah, namun penerimaan ibu bapanya berubah ketika menjemput mereka dengan menaiki Perodua Alza.

"Saya selalu bawa kereta mewah. Sekali tu, pandu kereta Alza milik staf untuk bawa parents makan-makan. Masa ambil, mereka macam tak nak naik.

"Lepas dah hantar rumah, mereka pesan jangan balik raya dengan kereta ni, nanti orang ingat miskin," dedahnya.

Masa muda kereta mewah macam status, dah tua ni baru faham… liabiliti sangat.

ANAK

Menurut individu itu lagi, dia terkedu dengan reaksi ibu bapanya dan menyifatkan ia sebagai peristiwa sedih dalam hidupnya.

Tambahnya, dia juga pernah menganggap kereta mewah sebagai status kekayaan namun fikirannya berubah sejak meningkat usia.

"Terkedu masa tu. Antara banyak peristiwa sedih, ni paling melekat kat otak. Rendahnya nilai diri aku di keluarga. Dinilai sebagai duit dan harta bukan sebagai manusia," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia rajin membebel di TikTok, remaja 17 tahun kumpul duit sampai mampu beli Velfire - “Ada orang pernah hina kereta umi nazak”

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali keluar ‘dating’, wanita marah-marah dijemput naik Myvi... Geram tiada Mercedes! - “Aku tak suka kereta ni!”

"Masa muda, kereta mewah ni macam status. Dah tua ni baru faham. Liabiliti sangat. Guna kereta biasa je untuk kerja harian. Wear and tear. Tak perlu risau kos tinggi. 

"Mungkin sebenarnya tak cukup kaya lagi kot. Servis kereta pun dah RM5,000 sekali, rasanya pakai sekali-sekala je," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai meluahkan rasa terkejut membaca pendedahan itu, namun ada juga yang mendakwa pernah berdepan situasi sama.

Pix for jncorrupt

Ada individu berpendapatan tinggi memilih untuk hidup dalam keadaan serba sederhana. -Gambar hiasan

"Saya pun sama. Dulu kereta kedua saya Viva. Bawa balik kampung untuk test drive jalan jauh. Mak ayah tak nak naik.

"Baru kena masa raya hari tu. Berbeza layanan mengikut pangkat dan pekerjaan.

"Suami saya pun buat bisnes. Tapi dia ke hulu ke hilir guna kereta Viva bumper pecah dia tu," tulis netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain