HAKIKAT yang tidak semua para suami mengerti adalah kepenatan yang dirasai isteri apabila seharian menguruskan rumah tangga.
Tambahan pula jika mempunyai bayi atau anak yang masih kecil, boleh burn out jadinya kerana penat melayani keperluan anak tanpa henti seperti menyusu, menukar lampin, menyuap makanan dan sebagainya.
Di laman sosial, tular satu hantaran memaparkan perbualan di aplikasi WhatsApp yang mana seorang suami menyindir isterinya kerana tidak memasak gara-gara sibuk menguruskan bayi mereka yang berusia tiga bulan.
Golongan suami sewajarnya membantu meringankan beban isteri melakukan kerja rumah. -Gambar hiasan
"Baguslah macam tu, tak payah masak. Takpe, dah biasa pun makan luar.
"Memanglah tak sempat kalau anak tidur, emaknya pun ikut tidur sekali.
"Adakah semua emak yang jaga anak tiga bulan sampai hadap situasi macam ni?" demikian antara mesej yang ditulis si suami.
Hantaran tersebut mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya melemparkan kecaman terhadap lelaki berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Kakak murung jadi ‘hamba’ kepada 3 adik lelaki malas bekerja, tidur sepanjang hari - “Ayah terbiasa biar mak buat kerja rumah, suami dilayan ibarat raja”
ARTIKEL BERKAITAN: Dah penat masak, kena tunggu giliran pula... Ramai tak boleh terima amalan lapuk lelaki makan dulu, isteri kemudian
Terpanggil untuk mengulas perkara berkenaan, seorang pelayar tampil 'membasuh' golongan suami yang berperangai sedemikian kerana tidak cuba memahami situasi pasangan sendiri.
"Saya nak beritahu para husband sekalian, kalau korang nampak wife korang yang fully atau still menyusu anak asyik mengantuk or tertidur, it is a hormonal thing. Jadi janganlah marah your wife.
Tangkap layar perbualan WhatsApp yang tular.
"Masa menyusu, badan ibu akan release dua hormon iaitu prolaktin dan oksitosin.
"Hormon inilah yang buat ibu menyusu rasa relax atau mengantuk, yang menerangkan sebab mengapa ibu yang menyusu ni memanjang mengantuk… sudahnya tertidur sekali dengan anak," tulisnya.
Jelas pelayar tersebut lagi, proses menyusu anak juga sememangnya menyebabkan tenaga berkurangan seperti melakukan aktiviti bersenam.
Orang nak jadi bapa, dia pun nak jadi bapa… tapi tak faham peranan sebagai ketua keluarga.
NETIZEN
"Nampak je macam senang, selak selak sumbat tapi Tuhan je tahu penat dia macam mana. Tak termasuk lagi tenaga untuk hasilkan susu, jaga anak lagi. Anak bukan semua behave, ada macam-macam peel juga.
"Percayalah, kita isteri ni pun kadang rasa bersalah apabila tak dapat buat apa yang suami harapkan.
"Kesimpulannya, jadi suami isteri ni pandai-pandailah tolerate dan memahami sesama sendiri," ujarnya lagi.
Antara reaksi netizen.
Warga maya turut sependapat dengan pelayar berkenaan dan menyarankan para suami agar bersikap matang dan bukan sentiasa mencari jalan untuk bergaduh.
"Makanan tu beli sajalah… apa yang susahnya.
"Cuba tolong jaga (anak), suruh isteri tu masak. Ini nak makan, tapi tengokkan anak, malas!
"Orang nak kahwin, dia nak kahwin. Orang nak jadi bapa, dia pun nak jadi bapa… tapi tak faham peranan sebagai ketua keluarga," komen netizen.