KERANA cinta, ada yang sanggup melakukan apa sahaja sehingga tergadainya maruah diri.
Begitu juga dengan wanita di platform X ini yang mendedahkan dia sering membuat panggilan lucah bersama teman lelakinya.
Menurut wanita itu, dia pada awalnya menolak ajakan berkenaan, namun lama kelamaan 'cair' dengan pujuk rayu kekasihnya.
Lelaki yang baik tidak akan mengajak wanita untuk melakukan perkara terkutuk. -Gambar hiasan
"Saya ni dah lama tak bercinta, jadi bila nak mula balik ni, jadi bodohlah sikit. Normal ke phone sex dalam hubungan ni?
"Saya mula-mula memang anti betul, tak nak dan memang tak nak. Tapi lelaki tu pujuk-pujuk, dia kata buat dalam telefon je, bukannya buat real pun.
"Jadi saya pun terpujuk. Masalahnya, dia nak setiap hari pula phone sex," tulis wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu.
Saya tak tahu nak buat macam mana? Saya dah mula sayangkan dia.
TEMAN WANITA
Menurutnya lagi, aktiviti berkenaan semakin teruk apabila teman lelakinya mula berani untuk menunjukkan kemaluan ketika membuat panggilan.
Di sebalik sikap buruk kekasihnya, wanita itu mengakui sukar untuknya mengundurkan diri kerana perasaan sayang yang semakin kuat.
"Ahir sekali dia siap nak tunjuk zakar dia. Tapi saya tak tengok, tutup mata je. Sampai dia putus asa.
ARTIKEL BERKAITAN: “Cepat la jom, you cantik pakai ni” - Dua gadis seram sejuk didesak lelaki gatal ajak bergambar, disuruh panggil abang bukan pakcik
ARTIKEL BERKAITAN: Jual produk lelaki ‘game awal’, tapi pelanggan mengadu gatal mata! Dr Samhan minta pengikut hati-hati, scammer makin agresif
"Saya tak tahu nak buat macam mana? Saya dah mula sayangkan dia. Dia kata dia sayang saya, cuma kadang-kadang dia ni macam main-main," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen memberi nasihat supaya wanita itu 'angkat kaki' dan menjauhi perbuatan zina.
Malah kata netizen, hanya lelaki yang tidak baik akan mengajak seseorang wanita melakukan perbuatan terkutuk dan dilarang agama.
"Kalau lelaki dah mula ke arah zina dan pinjam duit, kau tinggalkan je. Jangan fikir panjang lagi.
Pergaulan bebas boleh menjadi punca wanita hamil anak luar nikah. -Gambar hiasan
"Kalau dia serius, dia tak minta bukan-bukan. Ni jenis test awak jenis senang ke tak.
"Dia mempergunakan awak. Janganlah jadi bodoh. Dia hanya perlukan awak ketika perlu je.
"Tak payah sayang lelaki macam tu. Dia gunakan awak untuk puaskan nafsu je," tulis netizen.