DIKURNIAKAN zuriat adalah rezeki yang paling dinanti-nantikan selepas seseorang individu itu bergelar suami atau isteri.
Namun, seorang wanita meluahkan kebimbangan apabila memikirkan tentang dirinya sedang berbadan dua.
Menerusi satu perkongsian di laman sosial, wanita itu memberitahu bahawa usia kandungannya kini sudah mencecah tujuh minggu.
Tanpa diduga, satu demi satu musibah menimpa suaminya yang keluar bekerja setiap hari sejak dirinya hamil.
Setiap wanita yang sudah berkahwin mengimpikan cahaya mata. -Gambar hiasan
"Sejak dapat tahu saya mengandung kan, motosikal suami yang digunakan untuk berulang alik ke tempat kerja banyak sangat masalah.
"Signal (lampu isyarat motosikal) tak bernyala, jadi pasang signal baharu. Tiba tiba patah, pergi baiki. Beberapa hari lepas tu, signal dan hon langsung tak berfungsi," katanya.
Menerusi hantaran berasingan, wanita itu memaklumkan mereka menetap di Johor, manakala suaminya bekerja di negara jiran, Singapura.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri tanpa zuriat kecil hati tauke kedai tanya tentang anak, rupanya senasib malah lebih teruk diuji
ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak ada ‘fungsi’, isteri enggan hamil lagi! Penat mental didera... Syukur dapat anak lelaki, cerai pun tak kisah
Keadaan itu membuatkan dia bimbang keselamatan suaminya yang berulang-alik ke tempat kerja setiap hari demi mencari rezeki.
"Hari-hari beritahu suami supaya sabar kerana itu adalah dugaan buat dia.
"Tapi bahayalah untuk dia, hari-hari nak pergi jarak jauh lalu lebuh raya tak ada signal motosikal," ujarnya.
Itu perkara biasa sebab selepas dapat baby, lagi luar biasa ujian.
NETIZEN
Namun, kebimbangan yang semakin memuncak memaksanya untuk meluahkan segala yang terbuku di hati.
"Tapi saya tak tahan dah. Hari-hari dia balik rumah, ada je masalah dengan motosikal dia. Siapa ada masalah macam kami? Dapat tahu hamil, lepas tu ada benda asyik rosak?" soalnya.
Rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura setiap hari demi mencari rezeki. -Gambar hiasan
Luahan wanita itu di laman sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen termasuklah yang turut sama bimbang tentang keselamatan dirinya dan suami.
Pada masa sama, mereka menitipkan nasihat supaya bersabar dengan ujian dan percaya bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
"Allah nak uji. Semoga dipermudahkan sis, insyaAllah. Kalau isteri atau kenderaan bermasalah, suami kena periksa amalan dia. Perkemaskan solat dan yang wajib.
"InsyaAllah baby tu lahir bawa rezeki yang besar. Macam saya, masa mengandung susah sangat. Bila dia lahir, ada je rezeki dia. Asalkan kita usaha dan tawakal. Semoga dipermudahkan sentiasa urusan awak dan suami.
"Itu perkara biasa sebab selepas dapat baby, lagi luar biasa ujian. Tapi rezeki pun luar biasa. Cuma kena sabar, usaha lebih dan bersyukur," antara komen netizen.