BAGAI 'perang' yang tidak berkesudahan.
Begitulah gambaran pertelingkahan antara personaliti media sosial, Cik Epal dengan bekas suaminya, Jofliam.
Keadaan bertambah parah apabila Cik Epal mendakwa dia turut dicederakan oleh isteri baharu Jofliam iaitu Emira Delyati atau Dewi, pada Isnin.
Kisah pergaduhan bekas suami isteri ini kecoh menjadi bualan netizen.
Menerusi hantaran di Instagram pada Selasa, Cik Epal mendakwa kediaman yang kini didiami Jofliam dan Dewi pernah dibayar menggunakan duitnya.
"Si bet*** hamak berulang kali jerit this is my house. Oi bet*** hamak, kau dah la satu sen pun tak pernah keluar duit bayar rumah tu.
"Laki kau mula bayar sewa penuh pun lepas dia ada bisnes piza. Sebelum ni aku half-half tau bayar sewa tu dengan laki kau hasil (dengan) hasil bisnes aku.
Lepas tu nak serang dan cakar aku kenapa? Aku nak kutip barang yang aku beli guna duit aku je.
CIK EPAL
PERSONALITI MEDIA SOSIAL
"Kau ingat aku hamak sangat ke rumah sewa tu semalam? Aku nak kutip barang-barang aku je la bibik oi," tulisnya.
Dalam hantaran sama, Cik Epal turut menitipkan pesan kepada Dewi agar tidak mencampuri urusan peribadinya.
"Kau tak payah menyibuk menempel muka kau pun semalam (Isnin) sepatutnya. Bukan ada kena mengena dengan kau pun hal semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dah boleh berhenti, sudah-sudahlah” - Da’i Wan gesa Jofliam-Cik Epal undur dari media sosial, cari jalan damai cara Islam
ARTIKEL BERKAITAN: Berlaku adegan tarik rambut, cakar mencakar di rumah Jofliam… Dewi lapor polis dakwa cedera diserang Cik Epal
"Lepas tu nak serang dan cakar aku kenapa? Aku nak kutip barang yang aku beli guna duit aku je. Bukan nak hadap muka korang pasangan penyondol," tulisnya lagi.
Cik Epal turut berkongsi foto secara dekat yang menunjukkan kecederaan pada wajahnya.
Selain luka pada bahagian kelopak mata, turut kelihatan pipi dan sebahagian dahi Cik Epal yang bercalar, dipercayai akibat dicakar.
Pada Isnin, mStar melaporkan Cik Epal mendakwa dia mengalami kecederaan akibat dicederakan isteri kepada bekas suaminya.
Cik Epal mendakwa dia cedera akibat diserang isteri baharu bekas suaminya.
Kekecohan didakwa berlaku ketika Cik Epal hadir ke rumah pasangan itu di ibu negara untuk mengambil semula barang-barang miliknya.
Pada hari sama, Dewi turut memuat naik satu salinan laporan polis, mendakwa dia cedera akibat dikasari oleh Cik Epal.
Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan penceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu.
Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Jofliam dan Dewi pula mengumumkan mereka sudah bernikah 5 April lalu.