suria

Cikgu 'sailang' bisnes aiskrim Malaysia, makcik akur diarah henti berniaga... Bila tak laku, baru panggil jual semula

Golongan pelajar antara penggemar aiskrim Malaysia. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila usaha ibunya mencari rezeki dengan menjual aiskrim Malaysia di sebuah sekolah agama terhenti gara-gara sikap pihak koperasi sekolah.

Dia mendedahkan jualan aiskrim ibunya sebelum ini sangat baik dan permintaan pelanggan sentiasa meningkat.

Namun, kegembiraan itu tidak kekal lama apabila pihak sekolah meminta agar ibunya berhenti membekalkan aiskrim.

Ramai menjual aiskrim Malaysia untuk meraih pendapatan sampingan. -Gambar hiasanRamai menjual aiskrim Malaysia untuk meraih pendapatan sampingan. -Gambar hiasan  

"Mak saya jual aiskrim Malaysia dan menghantarnya ke sekolah agama. Memang laku, mak pun semakin seronok buat.

"Tapi bila barang sudah beli dalam jumlah yang banyak, cikgu pula beritahu supaya berhenti buat kerana koperasi mahu buat sendiri.

"Mak saya terus rasa tawar hati," katanya sambil memaklumkan bahawa ibunya sangat kecewa dengan keputusan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Abah ikat aiskrim Malaysia macam pro! Balik surau terus isi air jagung, sirap bandung... Nak tolong anak perempuan cari duit extra

ARTIKEL BERKAITAN: Sampai sakit pinggang, jari melecet pintal aiskrim Malaysia… Wanita terkilan pelanggan merungut RM1 sebatang masih mahal

Tambahnya lagi, beberapa minggu kemudian, pihak sekolah kembali menghubungi ibunya dan meminta agar aiskrim dihantar semula seperti mana sebelum ini.

"Cikgu telefon dan minta mak buat balik kerana budak-budak tidak mahu aiskrim yang cikgu buat.

"Mungkin tidak sama rasa. Budak-budak pun rasa mungkin kurang sedap," katanya.

  • Seorang makcik membekal aiskrim Malaysia di koperasi sekolah
  • Selepas sebulan pihak sekolah minta ia dihentikan
  • Alasan pihak sekolah koperasi akan buat sendiri aiskrim
  • Aiskrim koperasi tak laku, sekolah minta makcik bekalkan semula

Namun, kata wanita itu ibunya benar-benar tawar hati dan engggan lagi membuat aiskrim Malaysia untuk dijual sekolah tersebut.

"Elok-elok koperasi dapat komisen, terus tiada jualan. Kan dah rugi," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Dalam pada itu netizen berpandangan perasaan iri hati terhadap kejayaan orang lain dalam berniaga sememangnya wujud dan mereka juga pernah melaluinya.

"Koperasi sekolah memang suka 'sailang' bisnes kecil ni, sama macam situasi ipar saya. Elok-elok buat kek kat kantin, tiba-tiba dah tak boleh letak.

"Dulu pernah letak roti goreng isi kentang, 60 bungkus habis tapi lepas sebulan 30 je terjual. Bila pergi tengok, rupanya kantin buat sendiri dan sorok roti goreng saya.

"Sekolah agama aku dulu pun pernah jadi macam ni, makcik dadih cerita ustazah tak bagi jual sebab aiskrim ustazah tak laku," antara komen netizen.

 

Artikel Lain