BUKAN sahaja tidak diberi perhatian dan belaian, malah seorang wanita hamil yang mengalami alahan teruk juga sering dimarahi suami kerana tidak mampu melakukan kerja rumah seperti biasa.
Berkongsi luahan di laman grup Facebook, wanita berkenaan berkata dia yang kini sedang hamil 11 minggu terpaksa menggagahkan diri untuk memasak dan menahan loya hampir setiap hari demi menuruti kemahuan suami.
Setiap wanita hamil melalui pengalaman alahan yang berbeza. -Gambar hiasan
"Saya jadi suri rumah selepas berkahwin sebab ikut suami berpindah di pedalaman Sabah. Suami kerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pembantu perubatan.
"Saya stres sebab asyik tidur, lembik sepanjang pregnancy ni. Suami pula kerap merajuk, marah sebab saya tak boleh masak macam sedia kala.
"Di pedalaman Sabah ni memang tak ada servis Grab atau Foodpanda. Jadi saya selalunya akan masak, hidang dan panggil suami makan. Waktu hamil ni saya mampu masak sekali untuk lunch. Saya tak larat dan mual bila bau makanan," tulisnya dalam luahan berkenaan.
Ni masalah budaya keluarga tu sendiri yang biasa merajakan lelaki.
NETIZEN
Menurut wanita tersebut, suaminya bukan sahaja tidak memahami keadaan dirinya malah sanggup marah atau melakukan sesuatu sebagai tanda protes.
"Suami jenis tak tolong langsung kerja rumah. Biasa lepas makan pun dia akan biar je pinggan atas meja dan cuma basuh tangan di singki.
"Saya ada sediakan frozen food tapi suami memang tak boleh buat sendiri walaupun guna air fryer je.
"Dia biasa akan ignore saya, hempas tudung saji atau sudu untuk tunjukkan dia marah sebab tak ada makanan," tulisnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil bahagia, suami pula derita alahan teruk sampaikan buat ujian Covid-19... tapi sebenarnya ada kisah sedih dilalui pasangan ini
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita selalu MC, tidur di meja... Rakan ofis syak kena kifarah! Dulu bangga tiada ‘morning sickness’, kutuk ibu hamil alami alahan
Apa yang lebih membuatkan dirinya makan hati, suami tanpa rasa bersalah membandingkan keadaannya dengan adik ipar yang tidak mengalami alahan ketika hamil.
"Dia cakap saya mengada-ngada dan buat sakit semua. Katanya, adik dia elok je kerja waktu pregnant. Perempuan lain pun ramai je kerja, tak ada macam saya.
"Saya betul-betul kecewa dan sedih," luahnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dan memberikan kata-kata semangat kepada wanita berkenaan.
Ramai turut mengecam sikap suaminya yang dianggap tidak bertimbang rasa dan gagal memahami cabaran fizikal serta emosi yang dihadapi wanita hamil.
Netizen turut mengecam sikap suami kepada wanita berkenaan.
"Laki dia MA (pembantu perubatan) kan? Apasal bodoh ya? Ada belajar anatomy, physiology, mental health semua kan. Tapi kenapa tak ada empati.
"Dia yang tak sakit, tak mual apa pun dah mengada cuci pinggan pun tak nak.
"Bukan masalah generasi kalau macam ni. Ni masalah budaya keluarga tu sendiri yang biasa merajakan lelaki," demikian antara komen netizen.