suria

Wanita tak senang tengok media sosial kawan sendiri, mudah terbit rasa cemburu - “Nak elak dengki, aku unfollow dia”

Perkongsian kehidupan peribadi di media sosial adakalanya mengundang rasa kurang senang segelintir individu. -Gambar hiasan AI

ZAMAN sekarang, boleh dikatakan hampir setiap individu mempunyai media sosial bertujuan untuk menambah kenalan serta mengabadikan kenangan buat tatapan hari mendatang. 

Namun tanpa disedari, media sosial juga boleh menjadi 'pencetus' kepada pelbagai perasaan negatif termasuk rasa rendah diri, sedih atau cemburu.

Mengakui kebenaran perkara tersebut, wanita ini mendedahkan dia mengambil langkah untuk berhenti mengikuti atau unfollow seorang rakan demi mengelakkan timbulnya perasaan negatif dalam diri.

Media sosial sering dijadikan medium untuk mengabadikan momen indah. -Gambar hiasan

"Aku pernah unfollow seorang kawan sebab cemburu. Macam aku ada penyakit ain terhadap dia. Untuk mengelakkan rasa dengki, aku unfollow dia.

"Aku tak minta rasa tu datang, dia automatik," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.

Bagaimanapun menurut wanita tersebut, tidak berapa lama kemudian dia mengikuti semula rakannya itu namun mengakui perasaan cemburu tetap hadir apabila melihat perkongsian individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu otai ‘sekolahkan’ rakan sejawat suka kongsi aktiviti pelajar! Salah eja ‘because’ pun kecoh, canang di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: 43 tahun berkawan, BFF nazak dirahsiakan! Tahu-tahu dah meninggal, rakan lain beri alasan ‘jaga amanah’ arwah

"Recently aku teringat dekat dia, aku follow balik. Aduh, cemburu tu datang balik melihat posting humble bragging dia. 

"Jadi itulah, aku terpaksa unfollow semula. Sorry guys, kalau aku unfollow tu adalah sebabnya. Aku hanya manusia biasa," tulisnya lagi sambil mengharapkan pengertian rakan-rakannya.

Perkongsian wanita tersebut mengundang perhatian warga maya dengan ratusan komen membanjiri hantaran berkenaan.

  • Seorang pelayar mengakui dia pernah 'unfollow' seorang rakan di media sosial.
  • Tindakan tersebut bertujuan untuk mengelakkan timbulnya perasaan cemburu melihat perkongsian rakannya itu.
  • Perkongsian mengundang reaksi bercampur daripada warga maya.
  • Sebahagian daripada netizen bersetuju dengan pendekatan berkenaan atas alasan menjaga kesihatan mental.
  • Namun ada juga menyifatkan individu itu perlu bermuhasabah dan membersihkan hati.

Sebahagian netizen menyokong dan bersetuju dengan pendekatan yang diambil wanita tersebut yang dianggap sebagai satu bentuk self-care dalam menjaga kesihatan mental dan emosi diri.

"Saya setuju dengan kamu. Sometimes bukan jealous, cuma menyampah, tak tahu kenapa. Tapi saya sedar itu penyakit hati saya sendiri. Jadi kadang-kadang saya mute story atau posts mereka," komen seorang netizen.

Ada juga yang berkongsi pengalaman serupa dengan terpaksa menjauh seketika daripada media sosial demi ketenangan jiwa sendiri.

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Saya pun pernah unfollow orang sebab saya cemburu dengan kelebihan dia ada, padahal kehidupan saya bukan menyedihkan pun. Saya takut jadi manusia tak bersyukur kerana jealous dengan apa yang orang ada," ujar seorang pelayar.

Namun begitu, ada juga segelintir yang menyarankan agar wanita tersebut bermuhasabah dan membersihkan hati kerana tidak boleh melihat kelebihan orang lain.

Artikel Lain