RAMAI masih skeptikal mengenai sikap dan pendirian wanita berhubung isu kesanggupan mereka menerima pasangan yang mempunyai tahap pendidikan lebih rendah.
Menerusi hantaran di laman Thread, seorang pemuda seolah-olah mempertikai sama ada wanita berpendidikan tinggi boleh menerima lelaki tidak berkelulusan atau sebaliknya.
"Perempuan yang ada kelulusan ijazah ke atas boleh terima ke lelaki yang tak ada kelulusan ijazah untuk dijadikan suami?" soalnya ringkas.
Sesebuah keluarga perlu meluangkan masa bersama bagi mengeratkan hubungan mesra. -Gambar hiasan
Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan ramai yang menyatakan kesediaan menerima pasangan tanpa mengira tahap pendidikan mahupun jenis pekerjaan.
Tidak kurang juga yang menetapkan syarat bahawa lelaki terbabit perlulah rajin dan sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ya saya penyondol, benda dah jadi” - Gadis 19 tahun mengaku kacau rumah tangga orang, anggap ujian Allah
ARTIKEL BERKAITAN: Baru anak seorang, rumah tangga suram sebab sikap suami! Isteri rindu zaman ‘bergayut’ lama, bercerita semua benda
"Pendidikan bukan sekadar ukuran di atas kertas tetapi yang lebih penting adalah sekufu iaitu sepadan daripada segi pemikiran, tanggungjawab dan pegangan agama.
"Boleh je terima, saya ada ijazah dan suami hanya SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Kadang-kadang saya nampak pandai sikit dan ada kalanya suami nampak pandai.
- Netizen debat isu wanita berpelajaran kahwin lelaki tak berkelulusan tinggi.
- Ramai setuju tanggungjawab lebih penting daripada kelulusan.
- Ada pasangan bahagia walau beza tahap pendidikan.
- Tapi ada juga yang dikhianati walau setia dan berpendidikan tinggi.
- Sikap, bukan sijil yang tentukan bahagia atau tidak.
"Kakak ipar saya degree holder, abang saya ada SPM je. Tapi kakak ipar saya tak kerja, abang saya sediakan semua. Alhamdulillah mereka bahagia, anak pun dah tiga orang.
"Perempuan ada yang okey, tapi tak semua lelaki okey sebab mereka ni kuat main dengan ego. Awal-awal kata okey, lama-lama rasa rendah diri," demikian perkongsian netizen.
Warga maya berkongsi pengalaman dan pandangan masing-masing.
Namun tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman menyedihkan apabila kesetiaan dibalas dengan pengkhianatan dalam rumah tangga.
"Kakak saya degree, kahwin dengan abang ipar PMR (Penilaian Menengah Rendah), kakak gaji RM7,000 dan abang tidak bekerja.
"Mereka ada anak tiga orang tapi abang ipar kahwin lain, siap bawa isteri baru duduk rumah kelamin mereka dan halau kakak," netizen berkongsi pengalaman.