MASALAH kewangan sering menjadi punca pertelingkahan antara pasangan suami isteri.
Berdepan situasi sama, seorang suri rumah meluahkan kekecewaannya di media sosial apabila dia tidak dibenarkan bekerja bagi membantu kewangan keluarga.
Tekanan yang dihadapi itu membuatkan dia berasa hubungan dengan suami sudah tidak sehaluan selepas hampir tiga tahun berkahwin.
"Kalau dah kahwin baru rasa diri dan pasangan tak sekufu, bilakah patut kami buat keputusan untuk berpisah?
Masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaian. -Gambar hiasan
"Saya SAHM (suri rumah sepenuh masa), anak seorang berusia setahun, usia perkahwinan baru masuk tiga tahun.
"Sebelum ini, saya bekerja dalam korporat selama empat tahun dan berhenti sebab nak paksa suami saya bekerja, saya rasa itu keputusan terbaik waktu tu," ujarnya.
Berdasarkan perkongsian yang dibuat di Thread, konflik rumah tangganya bermula apabila suami secara tiba-tiba berhenti kerja sewaktu dia masih dalam pantang.
Lebih menambah rasa pilu apabila tindakan drastik itu dibuat tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru anak seorang, rumah tangga suram sebab sikap suami! Isteri rindu zaman ‘bergayut’ lama, bercerita semua benda
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas berjaya buka studio fotografi, suami kaki auta terus cerai isteri! Lupa diri dapat modal bisnes RM30,000
Apabila ditanya, suaminya hanya menyatakan keinginan untuk bekerja sendiri.
"Tanya kerja apa, jawabnya ada nanti Allah bagi.
"Apabila saya masuk kerja dan hantar anak ke pengasuh, dia cakap tak perlu sebab dia boleh jaga sambil buat kerja dari rumah.
"Selepas tiga bulan jaga anak, dia tak boleh tumpukan perhatian untuk cari duit, sewa pun tertunggak," luahnya.
Disebabkan situasi rumit ini, dia kembali berhenti kerja.
- Suami berhenti kerja tanpa bincang semasa isteri dalam pantang.
- Isteri dilarang bekerja walaupun ada masalah kewangan.
- Semua kerja rumah diserah pada isteri, suami tak bantu.
- Isteri berkelulusan tinggi tapi dipaksa jadi suri rumah.
- Rumah tangga makin goyah, rasa tak sekufu makin jelas.
Menurut wanita ini, keadaan menjadi semakin mencabar apabila suaminya melarang dia untuk bekerja semula.
Situasi dialami itu membuatkan dia terpaksa menghadiri temu duga secara sembunyi tanpa pengetahuan suami.
"Selepas dia mula bekerja, saya mohon beberapa jawatan dan menerima tawaran.
"Apabila berjaya peroleh (kerja), saya maklumkan pada dia tapi dia tak bagi sampai marah-marah sebab pergi temu duga tanpa beritahu..
"Dia kata lagi reda jaga rumah dan anak, apabila saya kerja, saya tak hormat suami dan cari rezeki tu tugas suami,” adunya lagi.
Warga maya memberikan nasihat dan pandangan kepadanya.
Suaminya juga menyatakan bahawa dia akan nusyuz dan jatuh segala tuntutan nafkah sekiranya terus bekerja.
Masalah rumah tangga mereka semakin memuncak apabila suaminya enggan melakukan tugasan rumah sebagaimana dijanjikan sebelum berkahwin.
"Paling sakit hati, breastpump basuh sendiri... saya dah perah tiga kali sehari, tolonglah basuhkan,” luahnya geram.
Meskipun berdepan pelbagai dugaan, namun wanita ini masih menyatakan bahawa suaminya seorang yang baik.
Namun baginya, dengan segala pencapaian yang diperoleh, dia sepatutnya bekerja dan bukan menjadi suri rumah sepenuh masa.
"Saya anggap diri sebagai high achiever dalam adik beradik, SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 9A.
"Pendapatan bulanan RM4,000 walaupun baru graduasi," tambahnya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasibnya.