suria

Individu saksi 2 abang bercerai, rumah tangga adik perempuan bergolak asbab ibu tak restu - "Kau susah nak rasa bahagia"

Pelbagai faktor yang menjadi punca penceraian pasangan suami isteri. -Gambar hiasan

BIARPUN dunia kini semakin moden, namun dalam bab hubungan, ramai yang bersetuju bahawa restu orang tua amat penting sebelum mendirikan rumah tangga. 

Restu ibu bapa dianggap sebagai salah satu kunci kebahagiaan dan keberkatan dalam sesebuah perkahwinan, selain menjadi tanda penghormatan kepada mereka yang membesarkan kita.

Perkahwinan tanpa restu sering kali dikaitkan dengan konflik ataupun cabaran, sebagaimana perkongsian seorang individu ini mengenai kisah rumah tangga adik-beradiknya sendiri yang berantakan dipercayai kerana membelakangkan restu ibu. 

"Saya percaya restu mak saya sangat penting terutamanya dalam hal-hal besar seperti perkahwinan. Sebab saya dah saksikan abang-abang saya bercerai asbab membelakangkan pendapat mak saya tentang pasangan pilihan mereka. 

Setiap pasangan mengimpikan hubungan mereka berakir hingga akhir hayat. -Gambar hiasan 

"Kali ini adik saya pula. Tapi dia belum bercerai. Rumah tangganya sedang dipukul badai dan mereka baru berkahwin tiga bulan lepas," tulisnya dalam satu perkongsian di Threads. 

Menurut individu tersebut, adik perempuannya berkahwin dengan seorang lelaki berstatus bapa tunggal yang dikenali menerusi laman mencari jodoh.

Menurutnya, sejak awal lagi ibunya kurang bersetuju dengan calon pilihan adiknya itu lebih-lebih lagi apabila mengetahui lelaki tersebut 'bercerai hidup' dan mempunyai isu dengan bekas isterinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restu

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa senyap-senyap ke kampung bakal menantu, siasat latar belakang... Lepas dapat jawapan terus batal majlis nikah anak gadis

"Mak minta tangguhkan dulu sebab adik tergesa-gesa mahu menikah padahal baru saja kenal lelaki tersebut melalui website cari jodoh Islamik. 

"Alasan adik kerana dia bukan muda lagi (pertengahan 30-an). Tambahan lagi beberapa kali adik putuskan hubungan sebelum bernikah. 

"Sekarang dia dah dapat apa dia nak, tapi malangnya hubungan dia dan mak saya kurang baik. Banyak perkara yang dia lakukan sebelum hari nikah membuatkan mak berkecil hati," tulisnya lagi.

  • Seorang individu kongsi kisah rumah tangga adik-beradiknya yang bermasalah kerana tak dapat restu ibu.

  • Dia percaya restu ibu sangat penting dalam sesebuah perkahwinan.

  • Dia turut kongsi kisah rumah tangga adik perempuannya yang kini dilanda badai angkara pilihannya tak direstui ibu.

  • Suami kepada adik perempuannya berstatus bapa tunggal dan mempunyai isu dengan bekas isteri. 

  • Hubungan adik dan ibunya juga renggang selepas perkahwinan, dan kini pasangan itu sedang berubat kerana dikhuatiri disihir.

Tambah individu ini lagi, adik perempuan dan suaminya kini sedang mendapatkan rawatan alternatif kerana dikhuatiri disihir.

"Selagi kau tak datang minta maaf dengan mak, kau akan susah nak rasa bahagia.

"Jadi dah nampak kan kesannya bila kita belakangkan mak kita," kongsinya lagi.

Menjengah ruangan komen, warga maya rata-ratanya mengakui kebenaran tentang pentingnya restu ibu bapa dalam membina rumah tangga yang harmoni dan diberkati.

Netizen turut bersetuju mengenai pentingnya restu dalam perkahwinan. 

Ramai turut berkongsi pengalaman peribadi atau kisah orang sekeliling yang turut berdepan masalah rumah tangga apabila perkahwinan tidak mendapat restu ibu bapa.

"Orang perempuan kalau tengah bercinta memang macam kena sampuk sikit. Kalau nasihat tak dengar tu, memang kadang terpaksa tampar. 

"Orang mabuk cinta tak ada had umur. Moga dia jumpa jalan terbaik untuk hidupnya.

"Moralnya, susah nak nasihat orang tengah bercinta ni," demikian antara komen netizen.  

Artikel Lain