SIKAP suka memperlekehkan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan seorang suri rumah mengundang rasa kurang golongan itu.
Tampil bersuara di media sosial, seorang wanita menegaskan bahawa golongan itu juga mempunyai rasa penat sama seperti mereka yang bekerja di luar rumah.
Menurutnya, rutin seorang suri rumah bermula seawal pagi hingga ke malam sebelum tidur tanpa henti.
Bukan semua wanita boleh melakukan tugas mengemas dengan baik. -Gambar hiasan
Ia berbeza dengan pekerjaan formal yang mempunyai waktu kerja tetap.
“Kerja suri rumah ni non-stop, dari buka mata sampai pejam mata. Jadi jangan pelik kalau kami penat,” luahnya di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Rindu suasana ofis? Ini 7 persediaan suri rumah kena buat sebelum mohon kerja semula
ARTIKEL BERKAITAN: Ada Phd tapi jadi suri rumah, wanita penat hadap sindiran! Asyik kena puaskan hati ibu, masih menangis sebab kena marah
Namun katanya, ada segelintir yang bekerja di luar rumah sering memperlekeh rutin suri rumah dengan membandingkan cabaran kerja mereka.
“Apabila tersalah cakap dengan orang yang bekerja kerja, mesti kena persoal macam ni... duduk rumah pun penat? Lain la kami hadap kesesakan trafik, jumpa pelanggan, siapkan tender dan macam-macam lagi,” ujarnya.
- Seorang wanita menegaskan tugas suri rumah bermula seawal buka mata hingga malam, tanpa henti seperti pekerjaan lain.
- Beliau kesal ada pihak bekerja di luar rumah yang sering merendahkan penat lelah suri rumah dengan membandingkan cabaran kerja.
- Katanya, sama ada suri rumah, wanita bekerja atau peniaga – semua layak merasa penat kerana setiap peranan ada cabarannya.
- “Kerja suri rumah ni non-stop, jangan pelik kalau kami penat,” tulisnya di Threads.
- Netizen turut menyokong, menyifatkan stigma “duduk rumah je, banyak masa” sebagai tanggapan salah dan melukai hati suri rumah.
Wanita itu menegaskan, setiap peranan sama ada sebagai suri rumah, wanita bekerja mahupun peniaga, semuanya berhak merasai kepenatan kerana setiap tugas ada cabarannya tersendiri.
“Suri rumah ke, suri bisnes ke, suri kerja ke… semua layak untuk penat. Faham?” katanya.
Reaksi netizen di media sosial.
Perkara itu disokong netizen yang mengakui tugas suri rumah sememangnya memenatkan.
"Apabila duduk indoor tak jumpa orang dan alam sekitar, memang penat.
"Stigma yang paling meluat... dia tak pe la, duduk rumah je.. banyak masa.
"Explain pun tak guna, bukan orang faham," kata warga maya.