suria

Upah RM550 sebulan, tapi pemalas! Ibu sedih anak bau masam tiap kali ambil dari rumah pengasuh - “Saya dah sediakan sabun, bedak”

Pengasuh perlu menjalankan amanah dengan sebaiknya dan tidak mengabaikan anak asuhan. -Gambar hiasan

RAMAI suri rumah mengambil upah mengasuh kanak-kanak sebagai usaha menambah pendapatan keluarga.

Bagaimanapun timbul dakwaan membabitkan segelintir pengasuh hanya mementingkan wang tanpa keikhlasan dalam menjalankan tugas.

Menerusi perkongsian di Thread, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pengasuh yang menjaga anaknya.

Segelintir kanak-kanak dihantar ke rumah pengasuh sejak mereka masih bayi lagi. -Gambar hiasan

"Bayar sebulan RM550 dekat pengasuh, tapi apabila ambil anak tak pernahnya wangi. Sampai rumah kena mandikan dia semula.

"Balik je mesti minta makanan. Minggu lepas masa suami ambil anak, dalam lampin pakai buang dia penuh najis.

"Saya memang jenis sediakan semua. Sabun, bedak... tapi apabila balik tak pernah bau wangi," tulis wanita itu.

  • Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengasuh anaknya di Thread.
  • Dia mendakwa anaknya sering pulang dalam keadaan tidak terurus dan tidak dijaga dengan baik.
  • Dia berkata pengasuh itu menerima bayaran RM550 sebulan untuk menjaga anaknya.
  • Wanita itu juga mendakwa anaknya pernah ditinggalkan sendirian di tingkat bawah rumah pengasuh.
  • Netizen mencadangkan agar dia menukar pengasuh atau menghantar anak ke pusat asuhan.

Dia mendakwa pengasuh itu juga pernah membiarkan anaknya duduk bersendirian di tingkat bawah rumahnya.

"Pengasuh okey, tapi tengok keadaan anak macam tu, rasa sedih tau.

"Rasa tak seronok betul apabila ambil anak waktu malam. Anak seorang diri kat bawah, pengasuh kat atas.

ARTIKEL BERKAITAN: Hujung minggu, kemudian cuti umum 2 hari... Ibu berkarier ada ‘hujah’ sendiri tetap hantar anak kepada pengasuh

ARTIKEL BERKAITAN: Duit upah ‘dikaut’, pengasuh mengaku tak sabar jaga budak... Canang anak asuhan kuat meragam! ‘Babysitter’ otai beri teguran pedas

"Tak pasti berapa lama dia tinggalkan anak saya kat bawah," tulis wanita itu lagi.

Di ruangan komen, beberapa netizen memberi cadangan supaya wanita itu mencari pengasuh lain.

Malah, ada yang turut memberi cadangan agar dia menghantar anaknya ke pusat asuhan bagi membantu perkembangannya.

Wanita yang berkerjaya tiada pilihan lain dan terpaksa menghantar anak ke rumah pengasuh. -Gambar hiasan

"Mungkin pengasuh tu dah mandikan tapi disebabkan budak-budak ni aktif sangat dan tak reti diam. Sebab tu berpeluh dan tak bau wangi lagi.

"Boleh hantar ke playschool dah. Dalam masa sama, anak boleh berkawan dan improve their motor skill.

"Awak tukarlah pengasuh cepat, sedih tengok anak diperlakukan macam tu.

Artikel Lain