SEORANG wanita berdepan pengalaman tidak menyenangkan apabila mendakwa suaminya sering diganggu oleh seorang lelaki yang tinggal berhampiran rumah mereka.
Situasi itu dikatakan berulang kali berlaku sehingga membuatkan dia berasa tidak selesa dan marah kerana ia dilakukan di depan matanya sendiri.
Kisah itu dikongsi wanita berkenaan dalam satu hantaran di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.
Isteri mana yang tidak marah melihat suaminya terus diganggu. -Gambar hiasan AI
"Apa anda buat kalau suami kena ngurat dengan gay? Masalahnya depan aku tau gay tu ngurat laki aku. Dah banyak kali jadi.
"Aku dah bagi side eyes (jelingan) banyak kali dekat gay tu," ujarnya sambil menambah gangguan itu dilakukan banyak kali.
Dalam perkongsiannya lagi, wanita itu turut menceritakan beberapa insiden yang berlaku sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, suami menghalang dirinya daripada menegur lelaki songsang berkenaan secara berdepan kerana bimbangkan keselamatannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gay tak kisah nikah wanita tangkap muat! Cerai tak sampai setahun, bekas isteri masih dara tak pernah disentuh
ARTIKEL BERKAITAN: Kacak, fasih baca doa... Wanita kecewa ‘crush’ di ofis rupanya songsang! Kini mula belajar cara kesan lelaki gay
"Macam sebelum ni kereta kami bertembung, si gay tu boleh senyum gatal dekat suami aku.
"Masa naik tangga rumah, dia jalan perlahan siap berdeham nak suami aku sedar yang dia ada dekat situ. Geli siot!
"Membara je jiwa pahlawan aku nak pergi bergaduh dengan gay tu. Tapi tak apa kita tengok dulu. Kalau jadi lagi memang aku bergaduh," ujarnya.
Isu tersebut mendapat pelbagai respons daripada netizen dengan ada yang bersimpati dengan nasibnya.
- Wanita kongsi kisah suami kerap diganggu lelaki songsang berhampiran rumah.
- Gangguan berlaku depan mata hingga timbul rasa geram.
- Suami halang isteri daripada menegur kerana risau keselamatannya.
- Netizen ada yang simpati, tetapi ada yang persoal sikap si suami.
- Suami pernah marah, namun lelaki itu tetap tidak serik dan teruskan.
Bagaimanapun ada sesetengah warga maya yang mempertikaikan reaksi si suami.
"Suami awak tak bagi reaksi apa-apa ke masa kena ngurat tu? Kalau suami saya mau kena belasah, hentak gay tu. Orang laki pantang dengan gay ni, jatuh maruah kalau kena ngurat.
"Adakah suami sis juga sejenis macam tu? Tak mungkin lelaki normal tak marah kalau kaum sejenis pandang macam tu. Melainkan suami sis macam tu juga.
Komen netizen pada hantaran asal.
"Maafkan saya. Ni pandangan saya saja. Kalau betul normal, dia tak akan marah sebab tak suka kena tenung macam tu," respon beberapa netizen.
Susulan itu, wanita itu tampil menjelaskan bahawa suaminya pernah meninggikan suara dengan menengking individu berkenaan.
Tetapi lelaki berkenaan dikatakan 'tidak makan saman' kerana masih mengganggu suami sehingga kini.
Sebagai peringatan bersama, hubungan sejenis adalah haram dan dilarang dalam Islam.