DALAM usaha menjadi seorang yang baik dan disenangi ramai, ada dalam kalangan kita tanpa sedar terperangkap menjadi people pleaser disebabkan bimbang mengecewakan orang lain.
Bagi golongan ini, mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan emosi demi menjaga hati semua orang walaupun diri sendiri menanggung tekanan dan kepenatan.
Berdepan dengan situasi sama, seorang wanita tampil meluahkan perasaan gara-gara dia kerap diambil kesempatan oleh rakan sehingga niat yang pada mulanya ikhlas bertukar menjadi sebaliknya.
Ada segelintir rakan yang hanya mendekati apabila mereka memerlukan sesuatu. -Gambar hiasan
"Macam mana nak berkata 'tidak' tanpa menggores hati? Saya penat jadi pemandu e-hailing tak berbayar. Menjadi seorang people pleaser, susah nak berkata 'tidak'.
"Ini bukan pertama kali. Beberapa kawan dan sepupu pun kadang-kadang macam ni. Bawa sana sini atas permintaan mereka," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.
Wanita itu turut berkongsi satu kejadian yang paling tidak dapat dilupakannya apabila seorang rakan tergamak mempergunakannya untuk menyelesaikan urusan peribadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Menyampah rakan suka ajak 'lunch' luar tapi asyik tumpang kereta orang, beri bermacam alasan tak masuk akal
ARTIKEL BERKAITAN: Kawan ‘terpaling’ hebat! Serik ke majlis reunion, rupanya ramai toksik... Bukan nak jumpa sangat tapi bangga canang pencapaian
"Pernah satu ketika, seorang kawan call minta saya tolong ambil dan hantar ayah dia balik.
"Ada lagi seorang tu, kami rancang nak keluar bersama. Tapi sebenarnya kawan tu minta pandu dia selesaikan urusan itu dan ini.
"Saya ambil cuti... tapi akhirnya ia digunakan untuk urusan seorang kawan. Tahu-tahu dah malam. Tak pergi pun mall yang saya nak pergi tu," luahnya kecewa.
Bukan tidak pernah menolak dengan baik, namun ujarnya, setiap kali dia cuba berkata 'tidak', layanan yang diterima pula berubah seolah-olah dirinya pula melakukan kesalahan.
Seorang wanita kecewa kerana sering dipergunakan rakan dan saudara hanya kerana tidak pandai berkata 'tidak'.
Dia kongsi pengalaman menjadi 'pemandu percuma' dan mengambil cuti hanya untuk menemani rakan selesaikan urusan peribadi.
Setiap kali dia cuba menolak permintaan, layanan rakan terhadapnya berubah.
Luahannya menerima simpati ramai, dengan ramai menyarankan agar dia belajar menetapkan sempadan.
Netizen meminta wanita itu tegas berkata 'tidak' agar tidak terus dipergunakan.
"Pernah saya cakap 'tidak', tapi akhirnya saya dapat layanan lain macam pula. Ada yang 'buat muka'. Sampai cetus pergaduhan pun pernah," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, warga maya meluahkan rasa simpati dan memahami situasi yang dialami wanita tersebut dan ramai yang turut berkongsi pengalaman hampir serupa.
Namun sebahagiannya menyarankan agar wanita berkenaan bersikap tegas dan mula belajar menetapkan sempadan untuk mengelakkan diri daripada terus menjadi mangsa.
Sebahagian komen netizen.
"Beritahu 'sorry tak free'. Cakap benda sama je tiap kali. Menjelang 30 kali dia berhentilah.
"Kau nak tahu hakikat yang sebenarnya? Orang yang kau tolong tu takkan sanggup pun bersusah payah untuk kau di kemudian hari.
"Memang susah pada mulanya. Tapi apabila awak dah cuba reject, awak sendiri dapat rasa kebaikannya," demikian komen netizen.