DALAM sesebuah keluarga, kehadiran bakal menantu pasti akan menambah seri.
Namun bagi yang beragama Islam, pasangan belum berkahwin dinasihatkan untuk menjaga batas, contohnya mengelakkan terlalu kerap mengunjungi rumah bakal mentua kerana dianggap tidak manis.
Menerusi satu perkongsian di laman Thread, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap teman wanita abangnya kerana suka 'berkepit' dan kerap bertandang ke rumah keluarganya.
Pasangan yang belum berkahwin dinasihatkan menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan
"Aku bukanlah nak judge apa-apa pasal teman wanita abang aku ni. Tapi bagi aku macam tak elok tiap kali abang aku balik melawat family, mesti dia ikut.
"Kahwin pun belum lagi. Iya fahamlah nak berkenalan dan bermesra dengan bakal mentua, tapi tak payahlah setiap masa.
"Kalau nak ikut tiap masa, kahwinlah terus. Bagi alasan belum ready nak kahwin? Then buatlah cara tak ready," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Menyirap’ tengok adik ipar ambil baju dalam almari tanpa izin, bebas masuk bilik kelamin sebab si abang benarkan
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat kerja tapi ibu tuduh sombong, tak bangga sebab anak kesayangan gagal temuduga- “Kesian dekat along”
Apa yang lebih mengecewakan, menurut individu tersebut, perkara sedemikian seolah-olah mendapat 'restu' ibu bapanya yang langsung tidak menegur atau menasihati pasangan itu agar menjaga batas.
"Anak mereka, tanggungjawab mereka la untuk tegur. Siapalah saya ni nak nasihat orang yang dah besar kan?
"Nanti dikata melebih-lebih pula," tulisnya lagi di ruangan komen.
Seorang individu tidak puas teman wanita abangnya sering ikut pulang ke rumah keluarga walaupun belum berkahwin.
Dia berpendapat perbuatan itu tidak manis dan tidak menjaga batas pergaulan menurut Islam.
Dia kecewa ibu bapanya tidak menegur, seolah-olah merestui tindakan tersebut.
Dia enggan menegur kerana bimbang dikata melebih-lebih.
Perkongsian itu cetus reaksi netizen, dengan ada yang menyokong dan ada yang menyarankan agar dia menegur abangnya.
Perkongsian individu itu mengundang reaksi bercampur daripada warga maya.
Sebahagiannya menyarankan supaya individu tersebut mengambil peranan menasihati abangnya jika dia benar-benar menyayangi lelaki itu sebagai seorang adik.
Dalam pada itu, ada yang berpandangan supaya individu berkenaan menyuarakan perkara tersebut kepada ibu bapanya dengan cara berhemah agar mereka peka lebih-lebih lagi ia melibatkan hukum agama.
Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Teringat arwah ayah dulu, adik bawa awek bermalam dekat rumah... terus ayah bagi penampar sebiji dekat adik.
"Macam adik aku. Lima enam tahun bercinta, dia duk usung awek dia ke sana ke mari. Akhir sekali adik aku kahwin dengan orang lain juga.
"Marahlah abang kau, marah awek dia kenapa? Sebab abang kau pun sama naik... kalau betul suka, kawinlah! Ke sebab abang kau tak ada duit?" demikian antara komen netizen.