SETIAP ibu bapa pastinya mahu melihat anak mereka hidup dalam keadaan bahagia.
Di laman X, seorang wanita meminta pendapat orang ramai selepas ibunya meminta agar dia tidak meneruskan hubungan cintanya dengan seorang lelaki.
"Mak suruh tinggalkan teman lelaki yang dah lapan tahun kami bercinta. Mak tak nak saya susah sebab dia bukan daripada keluarga kaya.
Kestabilan kewangan sangat penting untuk mereka yang mahu membina keluarga. -Gambar hiasan
"Tapi teman lelaki saya tak miskin pun. Dia kerja bersungguh-sungguh, selalu kerja lebih masa. Gaji dia dah RM3,000. Sikit ke?
"Solat pun dia jaga. Rasa tak adil nak tinggalkan dia disebabkan mak saya tak nampak kebaikan dia," kongsi wanita itu.
Tambahnya lagi, ibunya juga kerap menyuarakan hal itu sehingga dia naik rimas walaupun mereka belum merancang untuk mendirikan rumah tangga
- Seorang wanita berada dalam dilema apabila diminta putuskan hubungan dengan kekasihnya.
- Wanita itu berkata permintaan tersebut dibuat oleh ibunya kerana tidak mahu dia hidup susah selepas berkahwin.
- Teman lelaki wanita itu bekerja keras dengan gaji RM3,000 dan sentiasa menjaga solat.
- Pasangan berusia 25 tahun masih belum merancang untuk berkahwin dan mahu fokus pada kestabilan kewangan.
- Netizen beri pelbagai nasihat, ada yang memberi saranan supaya kumpul duit terlebih dahulu sebelum cuba memujuk ibunya.
"Dia asyik ulang tentang duit sehingga saya tertekan. Saya tak nak tinggalkan dia. Pada masa sama, saya tak nak dia dibenci oleh emak.
"Kami masing-masing umur 25 tahun. Belum rancang untuk kahwin lagi pun. Saya nak kami berdua ada kewangan yang stabil dulu," kongsinya lagi.
Tambah wanita itu, teman lelakinya juga seorang yang baik dan tidak pernah berkira sepanjang perkenalan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Gaji tinggal RM400, suami turuti permintaan bapa nak makan di restoran... Beri RM300 sebelum balik - "Susu, lampin tak beli lagi"
ARTIKEL BERKAITAN: Umur masuk 40 gaji bawah 5K, staf ‘gomen’ kesal dulu tak ‘lompat’ kerja... Seronok lihat kawan-kawan swasta ‘masyuk’
"Apabila keluar dengan dia, saya 100 peratus tak keluar duit. Tapi ada juga sekali-sekala saya belanja dia makanan seperti aiskrim.
"Saya pun bukanlah pisau cukur. Kami ni ibarat baru nak mulakan hidup," tulis wanita itu.
Beberapa pelayar X turut memberi saranan kepada wanita itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Segelintir individu tetap berkahwin walaupun tidak mendapat restu keluarga. -Gambar hiasan
"Kau boleh je kahwin tanpa restu mak sebab reda Allah lebih utama.
"Belum kahwin lagi kan? Santailah, kumpul duit dulu kemudian baru pujuk mak.
"Dapat restu pun bukan jaminan perkahwinan itu kekal," tulis netizen.