SEORANG wanita meluahkan rasa terkejut dan kecewa selepas mendapati rumahnya menjadi lokasi sambutan hari lahir anak saudara sebelah suami tanpa pengetahuannya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui tentang perancangan tersebut dua hari sebelum majlis hari jadi berlangsung.
Insiden bermula apabila abang ipar dan biras mengesahkan rancangan menganjurkan majlis tersebut ketika mereka berkunjung ke rumahnya, tanpa sebarang perbincangan awal.
Kanak-kanak insan paling gembira ketika menyambut hari lahir. -Gambar hiasan AI
"Abang ipar kata jadi ya Selasa ini. Suami jawab ya pasti, tiada masalah dan biras pula jumpa awak Selasa ini.
"Saya jadi hairan apa yang berlaku pada Selasa?" kongsinya di Threads.
Selepas bertanya kepada suami tentang perkara itu, barulah dia tahu rupa-rupanya keluarga ipar sedang mengubah suai dapur dan tidak dapat mengadakan majlis di rumah sendiri.
“Saya beritahu suami, jangan harap saya bantu apa-apa. Mereka tak tanya pun saya dulu. Bila saya tolak, saya pula nampak macam orang jahat,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Giliran saya dia buat bodoh saja” - Wanita ‘frust menonggeng’ sahabat baik tak ucap selamat hari lahir, hadiah jauh sekali
ARTIKEL BERKAITAN: Majlis hari jadi bertukar sedih, tetamu sindir hidang kek murah! Siap tegur depan orang - “Rasa pelik makan jenama lain”
Suaminya kemudian mengaku bahawa idea untuk menganjurkan parti di rumah mereka datang daripadanya sendiri kerana simpati terhadap abangnya yang tidak dapat mengadakan majlis di rumah sendiri.
Menurutnya, menjelang majlis tersebut, suasana rumah tidak mempunyai hiasan, tiada belon, malah tiada siapa yang tahu pukul berapa majlis akan bermula.
- Seorang wanita kecewa selepas mengetahui rumahnya dijadikan lokasi sambutan hari lahir anak saudara tanpa pengetahuannya.
- Perkara itu diketahui dua hari sebelum majlis, apabila abang ipar dan biras mengesahkan rancangan berkenaan tanpa berbincang dengannya.
- Suaminya mengaku beri idea majlis diadakan di rumah mereka kerana kasihan kepada abangnya yang sedang ubah suai rumah.
- Wanita itu enggan bantu sepanjang majlis dan memilih untuk tidak terlibat, malah bertindak ‘mogok’
- Netizen kecam tindakan keluarga ipar dan suami wanita itu, sifatkan mereka tak hormat tuan rumah serta gagal berkomunikasi dengan baik.
“Saya turun hanya untuk menyapa anak saudara. Suami saya duduk berbual santai. Saya cuma pandang dapur dan terus keluar semula
“Biasanya saya yang ambil gambar dan rakam video, tapi kali ini saya mogok,” katanya.
Menurutnya, sepanjang majlis berlangsung, suaminya berkali-kali bertanyakan beberapa perkara termasuklah di mana letaknya peralatan dan gelas, tetapi dia tetap tenang dan tidak campur tangan.
Kek adalah makanan wajib disediakan ketika sambutan hari lahir. -Gambar hiasan
Selepas majlis berakhir, ruang dapur bersepah dengan sisa makanan dan lantai basah tetapi wanita itu memilih untuk mengelak tekanan menguasai diri.
“Mata saya dah mula berkedip-kedip sebab stres, tapi saya cuma fikir tidur je la. Esok masih ada,” katanya.
Perkongsian itu mengundang kecaman netizen kerana keluarga ipar wanita tersebut disifatkan mementingkan diri dengan mengadakan majlis di rumah orang lain tanpa adab
Selain itu, warga maya turut mengutuk tindakan suami wanita itu yang tidak berbincang terlebih dahulu dengannya.
"100 peratus masalah berpunca daripada suami awak, dia tak berbincang dan mengharapkan awak boleh menerima perancangan itu," katanya.