suria

Takut dilabel ‘gold digger’, isteri pendam rasa sedih tak dapat nafkah bulanan- “Saya ada gaji RM5,000 sebulan”

Persetujuan bersama adalah penting bagi mengelakkan perselisihan faham antara pasangan. -Gambar hiasan AI

ISU nafkah sering menjadi topik sensitif dalam rumah tangga terutamanya apabila suami dan isteri masing-masing mempunyai pendapatan sendiri.

Begitulah dilema yang dihadapi seorang wanita apabila dia tertanya-tanya adakah tidak layak diberikan nafkah secara tetap atau bulanan memandangkan mempunyai pendapatan sendiri.

Menurut perkongsiannya di Threads, dia baru enam bulan mendirikan rumah tangga dan kini tinggal berasingan dengan suaminya (LDR) atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Seorang lelaki perlu menjalankan tanggungjawab sebagai suami tanpa disuruh. -Gambar hiasan AI

"Saya ada gaji sendiri, RM5,000 sebulan. Mampu simpan RM1,500 dan bagi ibu bapa RM1,500 setiap bulan. Apabila saya dan suami duduk bersama, semuanya okey.

"Dia bayar untuk makanan, hadiah dan apa je saya nak. Tapi apabila berjauhan, saya tanggung kewangan diri sendiri," jelasnya.

Bagaimanapun wanita itu beranggapan dia tidak berhak menuntut duit nafkah memandangkan tidak memainkan peranan sebagai 'isteri tradisional' seperti memasak dan mengemas rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan hairan kenapa Sazali begitu ‘derhaka’ dengan kau” - Peguam dedah ramai bapa kalau boleh nak beri satu sen je nafkah anak selepas dapat bini baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘kalah’ dengan suami malas kerja, 8 tahun pikul tugas menafkahi keluarga - “Dia tunggu saya bagi modal bisnes”

Wanita itu turut menjelaskan bahawa sebelum berkahwin suaminya sudah bersetuju untuk menanggung bayaran rumah, kereta dan barangan dapur.

Namun memandangkan mereka tinggal berjauhan dan pengadu pula tinggal di rumah ibu bapanya, maka kos komitmen yang dipersetujui itu ditanggung sendiri tanpa bantuan suami.

"Kalau dua bulan tak jumpa, dua bulan la dia tak bagi duit belanja. Saya pula segan nak meminta dan dia pula jenis tak tanya.

"Macam mana nak buang rasa sedih ni ya. Bukanlah saya nak duit dia. Malah, saya rasa tak layak nak minta apa-apa pun. Kalau minta pun rasa macam 'gold digger'.

  • Wanita serba salah nak minta nafkah daripada suami walaupun sudah berkahwin enam bulan.
  • Pasangan ini kini duduk berjauhan (LDR) serta belum dikurniakan anak.
  • Dia bergaji RM5,000 dan tanggung diri sendiri bila berjauhan dengan suami.
  • Rasa segan nak meminta kerana bimbang dilabel kaki kikis.
  • Netizen pesan, nafkah tetap tanggungjawab suami walau isteri bekerja.

"Kalau kami LDR lagi satu tahun tanpa anak, maksudnya saya kena telan rasa (serba salah) ni lagi satu tahun," luahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menasihatinya supaya membuang rasa bersalah untuk meminta haknya sebagai isteri.

"Tolong la minta selagi suami awak mampu walaupun awak tinggal di rumah mak ayah sendiri. Awak layak dapat duit nafkah tu. Tak perlu segan minta dan awak bukan kaki kikis.

Komen beberapa netizen pada hantaran asal.

"Sebelum kahwin tu, masa bincang mengenai kewangan... nafkah patutnya ada dalam perbincangan. Tapi sekarang pun awak boleh je bawa topik ini untuk dibincangkan secara santai.

"Tu bukan mengemis atau kaki kikis. Itu memang hak awak. Lebih baik minta kalau awak tak nak dia kena soal dekat akhirat," komen sesetengah netizen.

Artikel Lain