suria

Terima RM500 dalam akaun, ibu sengaja kongsi 'screenshot' resit di grup WhatsApp famili... Sindir anak lain tak beri wang

Segelintir ibu bapa gemar meminta duit daripada anak-anak tanpa mengetahui status kewangan mereka. -Gambar hiasan

SETIAP anak pasti ingin menabur bakti kepada ibu dan bapa.

Bagaimanapun, kekangan kewangan kadang kala menjadi penghalang seperti mana situasi dialami seorang wanita.

Di laman Thread, wanita berkenaan yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu meluahkan rasa terkilan selepas menerima 'teguran' daripada orang tuanya.

Setiap anak ingin menabur bakti kepada ibu bapa mereka. -Gambar hiasan

Setiap anak ingin menabur bakti kepada ibu bapa mereka. -Gambar hiasan

"Buka WhatsApp famili, mak hantar tangkap layar notifikasi emel yang tunjukkan ada seseorang kirim RM500 dalam akaun tanpa maklumkan kepada dia.

"Mak hantar sekali dengan doa untuk si pengirim duit.

"Aku bukanlah bersangka buruk tapi jauh di sudut hati, aku tahu itu 'teguran' untuk anak-anak lain yang mungkin tak memberi," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu tunggu mak ayah minta, wanita kagum anak gaji RM1,500 tetap hulur RM50 sebulan… Cari keberkatan dalam rezeki

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ‘paksa’ beri RM300 sampai sesak setiap bulan... Pemuda dah berhenti kerja sedar sesuatu selepas dapat kad bank ibu

Selepas mendapat kiriman mesej tersebut, dia kemudiannya melakukan transaksi pemindahan wang sebanyak RM200 ke akaun ibunya.

Namun malangnya, pemberiannya itu tidak 'dijaja' mahupun dititipkan doa seperti wang RM500 terdahulu yang diterima ibunya.

"Senyap sunyi saja grup, tiada pun tanya siapa yang transfer... tiada pun doa. Apa yang mak tak tahu, mungkin yang kirim RM500 tu masih ada RM5,000 dalam akaun.

  • Ibu kongsi 'screenshot' notifikasi terima RM500, dianggap ‘teguran halus’ buat anak-anak yang tak beri wang.
  • Wanita ini kemudian transfer RM200 walau itu merupakan duit terakhirnya.
  • Katanya, ibu tidak bertanya apa-apa tentang duit RM200 yang diberi atau mendoakan dirinya.
  • Dedah terpaksa guna duit yuran anak untuk tebus emas yang digadai.
  • Netizen simpati, anggap ibu sepatutnya tidak banding-bandingkan anak.

"Saya pula, RM200 tu adalah duit terakhir dalam tabung yang dikorek.

"Kemudian terpaksa guna duit yuran sekolah anak terlebih dahulu untuk tebus emas yang dah berstatus 'jualan'," tambahnya lagi.

Warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.

Warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan ada yang mengkritik tindakan ibu kepada wanita ini.

"Saya dah lali, selalu kena dan yang terakhir beberapa minggu lalu semasa saya hantar makanan sebab mak mengidam sangat. Alih-alih dalam grup WhatsApp mak hantar makanan yang adik beradik lain beli.

"Saya pernah dengar ustaz cakap, sedekah yang terbaik adalah di saat kita cukup-cukup ada yang itu sahaja.

"Mak saya tak pernah minta duit kat anak macam ni, anak yang memberi memang dia akan ucap terima kasih," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain