TIADA individu yang mahu perkahwinan berakhir dengan penceraian, namun kadang kala perbezaan prinsip dan situasi hidup memaksa mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Begitulah kisah pilu seorang wanita ini apabila rumah tangganya kini berada di ambang perpisahan walaupun baru setahun berkahwin.
Menurutnya, masalah bermula apabila suaminya enggan keluar dari rumah ibu bapa dengan alasan tidak mampu menanggung sewa atau perbelanjaan rumah sendiri.
Setiap pasangan mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri selepas berkahwin. -Gambar hiasan
"Saya offer untuk tolong sebab memang gaji saya lebih tinggi. Saya langsung tak kisah. Tapi dia menolak, tak nak bantuan saya. Jadi kami tinggal berasingan.
"Suami di rumah ibu bapanya, manakala saya menyewa rumah dan cari housemates. Saya sendiri tak boleh terfikir kenapa perkahwinan saya macam ni sampai saya kena berjumpa psychiatrist," tulisnya dalam hantaran di Threads.
Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, pada mulanya dia akur tinggal sebumbung bersama keluarga mentua buat sementara waktu.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gendong anak tengah hujan intip suami lepak, hidup dalam curiga lepas dicurangi... Paling pedih mentua masuk campur ugut hak zuriat!
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rasa terhina, suami muda 10 tahun asyik hina fizikal... Bentuk buntut, dada, bau ketiak semua tak tepati 'selera'
"Dekat bilik tu tempat tidur, situ tempat masak, situ tempat solat, situ his PC setup untuk dia main game, semua dekat satu ruang yang sama.
"Saya bertahan duduk bilik tu selama enam bulan saja. Masa saya minta pindah keluar, dia tak halang," luahnya.
Tambah wanita itu lagi, dia sudah mencuba pelbagai cara untuk memujuk suaminya berpindah, termasuk meyakinkan bahawa dia sanggup hidup susah bersama, namun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi.
Seorang wanita kongsi kisah perkahwinannya yang hampir berakhir walaupun baru setahun berkahwin.
Suaminya enggan keluar dari rumah ibu bapa, walaupun wanita itu menawarkan bantuan kewangan.
Mereka tinggal berasingan; wanita itu menyewa rumah sendiri sementara suami kekal di rumah mentua.
Dia beri kata dua, sama ada tinggal bersama di rumah sewa atau bercerai, tetapi suami memilih cerai.
Netizen berpandangan perpisahan adalah jalan terbaik kerana suaminya mempunyai ciri red flag.
"Saya memang dah bagi kata dua dekat dia. Sama ada cari rumah sewa duduk bersama atau cerai. Dia pilih cerai.
"(Pertengahan) Disember ni tarikh mahkamah kami. Saya rasa sedih dan tak bernilai. Tak merasa pun macam dah berkahwin, tiba-tiba dah nak jadi janda," luahnya lagi.
Perkongsian wanita berkenaan mengundang simpati warga maya, yang rata-ratanya memberikan kata semangat untuknya agar terus kuat berdepan ujian rumah tangga.

Sebahagian daripada komen warga maya.
Dalam pada itu, ada yang berpandangan bahawa perpisahan tersebut sangat wajar memandangkan suaminya mempunyai ciri red flag.
"Dia hanya mahukan hubungan seksual yang sah tapi tak nak 'putus susu' dengan mak ayah dia lagi.
"Dia tak layak nak kahwin in the first place pun. Dia tak matang, tak pandai buat keputusan dan masih nak harap mak ayah dia.
"Ini lebih kepada kemalasan yang melampau, tiada cita-cita dalam hidup, harapkan segala-galanya mudah. Ketagihan permainan merosakkan semuanya," komen netizen.


