LULUHNYA hati seorang isteri apabila suami yang sepatutnya menjadi pelindung tergamak mengkhianati kepercayaan yang dibina sejak bertahun-tahun.
Itulah realiti perit yang terpaksa ditelan wanita ini apabila suaminya menjalinkan hubungan terlarang dengan pembantu rumah mereka yang berusia 22 tahun.
Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, segala-galanya terbongkar selepas pembantu rumahnya menceritakan perkara sebenar, bulan lalu.
Perkahwinan menuntut kejujuran agar hubungan kekal bahagia. -Gambar hiasan
"Masa dia cerita tu, rasa nak pecah dada. Sebab husband aku ni seorang ayah dan suami yang sangat baik.
"Ini tahun kesembilan kami berkahwin dan ada tiga orang anak, dan tahun ke-15 kami bersama dari zaman kolej. Dari dulu suami aku memang record clean.
"Tak pernah jumpa dia chatting dengan mana-mana perempuan sekali pun. Ini kali pertama kes berkaitan perempuan. Tiba-tiba terus jadi yang extreme macam ni," kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi mesej ‘kanda’, suami menangis setiap malam isteri terjerat cinta YDP PIBG - “Sekolah diam sebab dia banyak menyumbang”
ARTIKEL BERKAITAN: Status 'bini orang' tapi curang, zina... Wanita nekad bocor rahsia BFF dah kawan hampir 30 tahun - "Suami dia sangat baik, alim"
Menurut wanita itu, selepas bersemuka dengan suaminya, lelaki tersebut mengakui beberapa kali pernah terlanjur namun memberi alasan ia berlaku kerana dia kerap menolak ajakan untuk 'bersama'.
"Kami ada je bersama cuma jarang sangat. Aku sedar ada juga silap aku… sebab aku ada penyakit hormon, jadi bila makan ubat, nafsu aku memang turun. Salah aku. Tidak melayani kehendak batin suami.
"Tapi aku sedih, rasa dikhianati di rumah sendiri. Maid sudah dihantar balik ke Indonesia. Setiap hari suami aku tanpa jemu memujuk sebab aku menangis sangat teruk. Dia tak tinggal aku. Dia dekatkan diri dengan Allah," ujarnya.
Seorang wanita sedih apabila mengetahui suaminya menjalinkan hubungan terlarang dengan pembantu rumah berusia 22 tahun.
Pembantu rumah sendiri mengaku dan menceritakan bahawa mereka terlanjur banyak kali.
Suami beri alasan ia berlaku kerana wanita tersebut kerap tolak ajakan 'bersama'.
Wanita itu trauma dan dilema sama ada mahu beri peluang kedua atau berpisah.
Netizen menasihatkan agar dia dapatkan kaunseling dan buat keputusan hanya selepas emosi stabil.
Biarpun suaminya menyesal dan tidak pernah jemu meminta maaf, wanita tersebut mengakui terlalu trauma dan dalam masa yang sama dilema antara mahu memberikannya peluang kedua atau berpisah.
"Maid ada tambah, cerita cakap sebenarnya banyak kali (terlanjur). Tapi suami dah sumpah laknat cuma enam kali tu sahaja.
"Adakah ini kesilapan, ujian, atau suami aku patut diberi peluang atau berpisah cara terbaik?" luahnya lagi sambil meminta pandangan warga maya.
Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan netizen dengan rata-ratanya menitipkan kata-kata semangat buat wanita berkenaan agar terus kuat menghadapi ujian rumah tangganya.
Biarpun kecurangan sukar dimaafkan namun mereka menasihatkan wanita itu supaya mendapatkan bantuan kaunseling perkahwinan dan tidak membuat keputusan dalam keadaan emosi yang masih belum stabil.


