suria

Konon masuk pondok nak cari diri yang ‘hilang’, rupanya bakal tunang bernikah diam-diam! - “Kejamnya awak buat macam ni”

Tiada wanita yang dapat menerima hakikat dirinya dicurangi pasangan. -Gambar hiasan AI

PERIT untuk ditelan, namun itulah hakikat yang terpaksa dihadapi seorang wanita ini apabila mengetahui bakal tunangnya sudah bernikah secara diam-diam dengan calon lain.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut berkata dia dan kekasihnya sudah tiga tahun menjalin hubungan cinta dan merancang untuk melangsungkan pertunangan bulan depan.

Ujar wanita itu, baru-baru ini kekasihnya meminta sedikit masa dan memberitahu mahu menetap di pondok buat seketika, namun dia sama sekali tidak menyangka ia adalah helah lelaki itu untuk melangsungkan majlis pernikahan dengan wanita lain.

Setiap pasangan mengimpikan cinta mereka berakhir dengan hubungan yang halal. -Gambar hiasan

"Sesak dada pertama di tahun 2026. Awak cakap perlukan masa nak duduk dekat pondok, nak cari balik diri awak yang 'hilang'. Tapi hari ni ada orang screenshot hantar gambar ni dekat saya.

"Kejamnya awak buat saya macam ni. Padahal bulan depan kita nak tunang dan bulan Ogos nak kahwin... dan kita dah booking macam-macam.

"Awak suruh saya tunggu sampai awak betul-betul okey, sampai awak dapat balik diri awak... tapi hari ni Allah nak tunjuk yang awak aniaya saya sampai macam ni sekali," tulisnya dalam hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: BF kantoi curang, bertukar foto bogel... Wanita puas dapat balas dendam cara sama - "Dia menangis sampai hidung berdarah"

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup sudah bersuami, wanita simpan kekasih gelap tujuh tahun! Paling ngeri BF pun ditipu, mengaku masih anak dara

Wanita itu turut memuat naik sekeping gambar memaparkan lelaki didakwa bakal tunangnya yang mengenakan busana pengantin merah jambu bersama pasangan dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah pondok di utara tanah air, pada Sabtu. 

Tambah wanita tersebut, dia dan kekasihnya tidak menghadapi sebarang masalah sebelum ini malah mengikut perancangan, mereka sepatutnya membeli cincin pertunangan minggu ini.

  • Seorang wanita kecewa apabila mengetahui bakal tunangnya telah bernikah secara diam-diam dengan wanita lain.

  • Mereka menjalin hubungan selama 3 tahun dan merancang bertunang bulan depan.

  • Lelaki itu kononnya minta masa untuk 'cari diri' di pondok, tetapi rupa-rupanya bernikan dengan orang lain.

  • Dia menjelaskan mereka langsung tidak mempunyai masalah malah sepatutnya beli cincin tunang minggu ini.

  • Netizen menasihatkan wanita tersebut mempertimbangkan tindakan undang-undang.

"Patutlah balik kampung seminggu off phone dengan alasan nak pergi pondok, cari balik diri yang 'hilang' tapi sebenarnya awak balik sebab nak kahwin dengan orang lain," luahnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya tampil meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan.

Malah ada yang menyarankan wanita tersebut mengambil tindakan undang-undang lebih-lebih lagi persiapan pertunangan sudah dilakukan.

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Saman sis... kes-kes dekat Threads ni banyak yang dah saman, walaupun persediaan nak tunang.

"Saya lelaki dan berasa sangat-sangat tidak patut apa yang dia dah lakukan pada awak... karma itu ada. Bersabar je lah.

"Allah nak tunjuk dia bukan yang terbaik untuk awak. Banyakkan istighfar, biar rugi sekarang daripada awak teraniaya jadi isteri jantan macam ni," komen netizen.

 

Artikel Lain