ISU perancangan keluarga sering kali menjadi topik hangat yang mengundang perdebatan dalam kalangan masyarakat, terutamanya apabila ia dikaitkan dengan taraf ekonomi sesebuah keluarga.Terbaharu, hantaran seorang lelaki mencetuskan reaksi bercampur baur selepas dia menyarankan setiap pasangan menghadkan jumlah cahaya mata kepada dua orang, terutamanya golongan kurang berkemampuan. "Korang kena setuju dengan aku, setiap keluarga sepatutnya ada dua orang anak sahaja, lagi-lagi yang miskin," luahnya di Threads.Baginya, saranan tersebut adalah bagi menjaga kebajikan dan emosi setiap anak di samping memastikan kualiti hidup yang lebih terjamin.Segelintir pasangan mengimpikan keluarga yang besar. -Gambar hiasan AI (kiri)"Aku tak mahu anak aku tidur di ruang tamu sampai besar, tak mahu juga turunkan pakaian sampai five loop (lima adik beradik)."Nak belikan kereta seorang sebuah pun boleh kalau anak dua orang je," tambahya sambil mengaitkan bilangan anak dengan hubungan antara suami isteri di hari tua.Menurutnya, memiliki jumlah anak yang sedikit membolehkan pasangan suami isteri melihat tumbesaran anak-anak dengan 'cepat'.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita persoal kewajaran miliki ramai anak, suruh ibu bapa kira dulu kemampuan diri sebelum cakap soal rezekiARTIKEL BERKAITAN: Pemuda pelik anak famili B40 boros, ‘shopping’ sakan lepas berduit... Sepatutnya lebih pandai berjimat"Nak tunggu anak besar pun tak terlalu lama, banyak waktu boleh bersama dengan isteri apabila sudah tua."Cepat je tengok anak dah berjaya, uruskan perkahwinan mereka," ujarnya.Menyedari tidak ramai yang akan sependapat, dia menegaskan pandangan yang dilontarkan adalah berdasarkan realiti segelintir individu yang mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai.Tegasnya, perspektif seorang anak yang membesar dalam keluarga yang mempunyai ramai adik-beradik adalah sangat berbeza dengan apa yang dirasakan oleh ibu bapa itu sendiri.Lelaki sarankan keluarga kurang berkemampuan hadkan anak dua orang sahaja.Katanya penting untuk jaga kebajikan dan emosi anak.Dakwa anak ramai bebankan kualiti hidup keluarga miskin.Kongsi pengalaman membesar dengan 16 adik-beradik.Netizen berbelah bahagi, ada sokong, ada bantah soal rezeki.Ringkasan ini dijana oleh AI"Yang tersakiti tu anak, mak ayah okay je beranak banyak pun... rasa cukup ni, besar elok je anak aku... tapi hakikatnya, mental anak berbeza," jelasnya yang mempunyai 16 adik-beradik.Pada masa sama, dia mengakui dirinya sendiri dibesarkan oleh nenek selama 18 tahun.Hantaran tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa rezeki setiap anak itu sudah ditetapkan dan bilangan anak bukanlah jaminan kebahagiaan sesebuah keluarga."Saya ada lima anak, jangan bagi mereka hidup mewah sangat dan terlalu mudah belikan mereka apa sahaja sebab itu akan merosakkan hidup mereka."Masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata ayah saya, abah tak mampu nak belikan kau itu ini sebab nak simpan duit, adik-adik kau ramai. "Setuju! Bagi saya orang yang anak lebih daripada tiga di zaman sekarang dan keadaan ekonomi sekarang... auto saya cop dia kaya," demikian reaksi netizen.